Rabu, 26 November 2014

kaedah pengajaran al-quran

pengajaran al-quran menurut il-ghazali,ibnu khaldum ,al-qabisi


1.0 Pendahuluan
Perkembangan Pendidikan Islam telah melangkaui aspek masa dan tempat,  perkembangannya telah mencatat sejarahnya sendiri. Jika dilihat dengan kedatangan Islam yang muncul pada 1432 tahun yang lalu, ianya telah mengalami perkembangan yang begitu pesat dan bersifat global, mudah dan bersesuaian mengikut zaman. Pada awal kemunculan Islam, aspek pendidikan amat dititik beratkan, malah wahyu yang pertama  juga menyentuh berkaitan dengan pendidikan, hal ini sebagaimana Firman Allah
ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ   t,n=y{ z`»|¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ   ù&tø%$# y7š/uur ãPtø.F{$# ÇÌÈ
  Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ   zO¯=tæ z`»|¡SM}$# $tB óOs9 ÷Ls>÷ètƒ ÇÎÈ  
Maksudnya, Bacalah dengan ( menyebut ) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar ( manusia ) dengan pena dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.( Surah al-Alaq ayat 1 hingga 5)
 Aspek utama yang penting dalam penyebaran agama Islam ketika itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, yang mana dengan berpegang keduannya itu maka segala  permasalahan akan dapat ditangani dengan mudah dan berhemah melalui hukum-hukum yang telah termaktud dalam al-Quran dan dikuatkan dengan as-Sunnah. Nabi Muhammad s.a.w juga menggunakan beberapa kaedah dalam menyampaikan al-Quran kepada para sahabatnya, ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan al-Quran tersebut terpelihara dari sebarang penambahan dan penolakan dari mana-mana pihak yang tidak  bertanggungjawab. Baginda biasanya menyampaikan al-Quran kepada sahabatnya melalui bacaan dalam solat dan talaqi. Manakala sahabat pula menghafalnya dan  bertalaqi antara sesama mereka agar kesucian al-Quran terpelihara. Antara metodologi  para sahabat dalam menerima sesuatu ayat al-Quran ialah pertama menghafal kemudian  bertalaqi seterusnya beramal denganya dan berikutnya menyebarkan kepada umat Islam. Oleh demikian, pelbagai kaedah yang digunakan oleh umat Islam dalam memelihara kesucian al-Quran tersebut. Malah, banyak juga ulama telah mengariskan  panduan dalam kaedah mengajar al-Quran antaranya seperti seperti Ibnu Sahnun, al-Qabisi, Ibnu Sina, Imam Syafie, Ibnu Khaldun, Imam al-Ghazali, Ibnu Miskawaih, al-Zarnuji, Ibnu Taimiyah dan ramai lagi.
Terdapat beberapa model pengajaran dan pembelajaran ilmuan Islam dalam tilawah al-Quran, iaitu
model Rasulullah s.a.w., model al-Ghazali, Model Ibnu Khaldun, Model Abu Hanifah, dan model
al-Shatibi.
Model Rasulullah s.a.w.
Jika  difokuskan kepada model pengajaran dan pembelajaran yang disandarkan kepada beberapa orang tokoh Islam. Ahmad (1997), al-Sadan (1999), Mohd Yusuf(2000), Abu Ghuddah (2001) dan M. Abdel (2002) menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w adalah sebagai tokoh guru yang hebat menggunakan pelbagai pendekatan dalam mengajar dan mendidik para sahabat. Baginda menggunakan kaedah pengajaran yang berbagai-bagai untuk disesuaikan dengan kepelbagaian jenis pelajar iaitu para sahabat r.a. Antaranya ialah kaedah sentuhan, kaedah soal jawab, kaedah perbandingan, kaedah penceritaan, kaedah beransur-ansur, kaedah memuji-muji bagi memberi galakan dan pelbagai lagi kaedah yang sesuai dengan ajaran Islam.
Model al-Ghazali
Ahmad (1997) menjelaskan bahawa model pengajaran dan pembelajaran yang dijadikan sandaran dalam bidang pendidikan, khususnya dalam pendidikan Islam ialah model pengajaran dan pembelajaran Imam al-Ghazali. Model pengajaran dan pembelajaran ini memberi penekanan kepada kaedah perbandingan, kaedah halaqah, kaedah bimbingan dan kaedah perbincangan sebagai teras dalam model pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan model pengajaran dan pembelajaran Imam alGhazali ini maka dapat dijadikan asas dalam usaha untuk mendalami ilmu pengetahuan. Oleh itu dalam pengajaran Tilawah al-Quran, antaranya guru Pendidikan Islam dapat membandingkan pelbagai makhraj huruf semasa mengajar. Dengan cara ini dapat membantu pelajar agar dapat menyebut sebutan potongan ayat al-Quran dengan menepati hukum tajwid.
Model Ibnu Khaldun
Model pengajaran dan pembelajaran Ibnu Khaldun pula, an-Na’miy (1994) melaporkan bahawa model ini memberi tumpuan kepada tiga aspek penting iaitu menyelesaikan sesuatu topik,pemeringkatan isi pelajaran dan objektif pengajaran. Berdasarkan model pengajaran dan pembelajaran Ibnu Khaldun, guru perlu memastikan sesuatu topik difahami dengan baik oleh pelajar sebelum berpindah ke topik yang baru. Oleh itu, semasa pengajaran Tilawah al-Quran, guru perlu prihatin terhadap kefahaman pelajar tentang topik yang diajar berkaitan Tilawah al-Quran agar tidak timbul kecelaruan pelajar dalam memahami pelajaran yang diajar. Berdasarkan model pengajaran dan pembelajaran Ibn Khaldun juga,beliau menekankan pengajaran yang mengambil kira penggunaan teknik pengajaran yang menitikberatkan kebolehan pelajar. Dengan cara ini kelemahan dan ketidakmampuan pelajar dalam penguasaan sesuatu kemahiran ilmu dapat diatasi. Demikianlah juga dalam pengajaran Tilawah al-Quran, teknik yang guru Pendidikan Islam gunakan semasa mengajar hendaklah bertepatan dan sesuai dengan tahap kebolehan pelajar dalam bilik darjah.


Model Abu Hanifah
Perbincangan seterusnya ialah model pengajaran dan pembelajaran Imam Abu Hanifah. Menurut Ahmad (1997) model pengajaran dan pembelajaran Imam Abu Hanifah meliputi kaedah nasihat syarahan, contoh tauladan dan latihan. Pelajar akan diajar sesuatu topik dalam sehari dan guru akan memberi peringatan kepada pelajar dan memastikan pelajar betul-betul memahami topik yang telah dipelajari. Di samping itu juga pelajar dikehendaki menyiapkan latihan berkaitan pembelajaran danperlu diselesaikan oleh mereka. Guru tidak akan beralih ke topik lain melainkan pelajar telah betul –betul memahami topik yang telah dipelajari. Tegasnya, berdasarkan model pengajaran dan pembelajaran Imam Abu Hanifah, pemeringkatan pengajaran amat ditekankan dalam proses pengajaran. Di samping itu juga, Imam Abu Hanifah mengambil berat tentang kepelbagaian kaedah pengajaran untuk memastikan pelajar dapat memahami sesuatu pelajaran dengan berkesan. Hal ini turut ditegaskan oleh al-Syaibani (1991) bahawa kaedah pengajaran adalah fleksibel dan tidak terhad.

1.     Ibnu Sahnun
Jenazahnya turut di sembahyangkan oleh sultan Maghribi iaitu Sultan Muhammad II bin Ahmad Aghlabi. Peristiwa kematian Ibnu Sahnun telah menyebabkan semua sekolah, pejabat dan pasar seluruh Qairawan ditutup untuk memberi perhormatan terakhir kepadanya.
2.2 Pendidikan
Keluarga yang mementingkan pendidikan, begitulah cara hidup keluarga Sahnun. Manakala Ibnu Sahnun pula sentiasa mendapat pendidikan yang sempurna daripada kedua ibu bapa, terutama bapanya Sahnun. Ibnu Sahnun dihantar oleh ayahnya ke pusat  pendidikan awal atau dikenali sebagai al-Kuttab. Al-Kuttab merupakan sebuah tempat yang dijadikan pusat pendidikan bagi kanak-kanak Islam ketika itu, fokus utama  pengajian al-Kuttab adalah al-Quran dan dasar-dasar membaca. Sahnun amat menjaga anaknya Muhammad sehingga beliau pernah meminta agar pihak al-Kuttab mendidik anaknya itu dengan penuh kasih sayang dan tidak melakukannya dengan kekerasan. Ayahnya Sahnun merupakan guru pertama Ibnu Sahnun, disamping sebagai ketua keluarga. Ibnu Sahnun tidak segan silu untuk berbahas dengan ayahnya berkaitan dengan al-Quran, malah ayahnya juga terbuka hati untuk berbahas dengannya. Kesungguhan Ibnu Sahnun itu tidak menjejaskan adab murid dengan guru dan anak dengan ayah. Malah dalam berbahas beliau amat mementingkan tingkah laku akhlaknya agar tidak terlanjur dalam beberapa aspek. Ayahnya telah meninggalkan beberapa karangan atau  buku-buku untuk dipelajari oleh anaknya itu dan masyarakat setempat, setelah Sahnun meninggal dunia. Jadi dengan usaha gigih yang ada pada Ibnu Sahnun, beliau telah mempelajari dan menelaah buku-buku ayahnya itu. Disamping itu juga Ibnu Sahnun telah mengembara ke beberapa buah negara untuk menimba ilmu selain di Afrika itu sendiri. Antaranya ialah Mesir, Hijaz, Tripoli ( Libya ). Madinah dan Mekkah. Setiap negara yang dikunjunginya itu, beliau akan menuntut dengan beberapa orang ulama disana. Antara guru beliau ialah Musa bin Gamal Abdul Nasir Zakaria. 2003.
 Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam Mu’awiyah al-Samadihi (225 H), ‘Abd Aziz bin Yahya al-Madani (240 H), ‘Abdullah bin Abi Hisan al-Yahsabi (226 H),‘Abd Rahman bin Qasim, Ibn ‘Abd al-Hakam, Abu Mas’ab bin Abu Bakar al-Zuhri ( 242 H), Ya’kub bin Kasib dan Salmah bin Syabib dan ramai lagi. Kealiman dan kedudukannya sebagai seorang ulama yang tinggi dalam bidang ilmu, ramai penuntut telah menuntut dengan beliau, adapun juga gurunya turut menuntut dengan beliau, ini kerana prinsip ilmu adalah perlu dikongsi. Antara anak murid beliau ialah al-Qabisi, Muhammad bin Salim al-Qatan dan ramai lagi
2.3 Sumbangan
Kesungguhan beliau terhadap bidang ilmu amat menonjol apabila beliau mula berjinak dengan penulisan seawal usia remaja, penulisan yang dikarangnya cukup bermakna bagi tatapan umum. Walaupun demikian kebanyakkan penulisan beliau banyak tertumpu kepada bidang pendidikan, akan tetapi beliau juga tidak lupa kepada ilmu-ilmu lain seperti Tafsir, Ulum hadith, Ulum al-Quran, Fiqh dan sebagainya. Ini dapat dilihat  berdasarkan kepada beberapa penemuan sejarah yang menyatakan bahawa beliau banyak mengarang buku dan ahli sejarah ketika itu juga menyatakan bahawa beliau adalah seorang yang paling banyak mengarang buku. Walaupun diketahui bahawa umurnya tidak begitu panjang, akan tetapi dengan sedaya upaya beliau, beliau telah mengisi masa hidupnya dengan mengarang. Adapun dinyatakan bahawa beliau telah mengarang lebih kurang 200 buah buku yang meliputi semua bidang ilmu. Antara buku-buku beliau yang terkenal ialah Risalah Fi al-Sunah, Kitab al- Ibahah, Risalah Fi Man Sabba al-Nabi s.a.w, Kitab al- Hujjah ‘ala al -Qadariyah, Kitab al- Hujjah ‘ala al -Nasara, Kitab al- Rad ‘ala al -Fikriyah, Kitab al-Wara’, Kitab al-Iman Wa al- Rad ‘ala Ahl al -Syirk, Kitab al- Rad ‘ala Ahl al -Bida’, Kitab Adab al -Qadi, Ahkam al-Qur’an, Kitab al-Imamah ( 2 Jilid ), Risalah fi adab al-untanazirin ( 2 Jilid ), Kitab al-Asyribah Wa Gharib al-Hadith ( 3 Jilid ), Kitab Tafsir al-Muwatta ( 4 Jilid ), Kitab al- Tarikh ( 6 Jilid ), Kitab Tabaqat al-‘Ulama (7 Jilid ), Kitab al-Jihad  ( 20 Jilid ), Kitab al- Musnad  ( sebuah kitab hadith yang besar) dan Kitab al- Jami’  ( merupakan karya paling  besar Ibnu Sahnun yang mana terhimpun di dalam semua aspek keagamaan, antaranya ialah akhlak dengan 20 juzu’, peribahasa 25 juzu’, adab seorang hakim 10 juzu’, fara’id 50 juzu’ dan sejarah dan tokoh 8 juzu’, di dalamnya juga dipecahkan kepada lebih daripada 100 juzu’ sebagaimana sebahagiannya dinyatakan di atas, dan ianya merupakan sebuah buku paling lengkap dengan semua aspek)
Walaupun demikian, ini hanyalah nama-nama kitabnya sahaja, sedangkan karyanya sebenar tidak dijumpai dan maklumat yang berkaitan dengannya masih lagi diperinci. Walaubagaimanapun, ada dua buah kitab karangan beliau yang sampai ke tangan kita hari ini iaitu:
Kitab Ajwibah Ibnu Sahnun dan Kitab Adab al-Muallimin ialah antara kitab yang  paling terkenal dengan prinsip pendidikan. Sanad-sanad yang terkandung di dalamnya menunjukkan bahawa Ibnu Sahnun merupakan orang yang luas pengetahuan dan seorang yang gigih membaca buku-buku agama. Secara kesimpulan dapat dilihat dengan sumbangan yang diberikan kepada tatapan umum hari ini menunjukkan bahawa Ibnu Sahnun adalah seorang yang berwawasan, yang mempunyai intelektual yang membangun iaitu berfikir jauh untuk masa hadapan. Sebelum beliau mengarang Kitab Adab al-Muallimin, beliau banyak ditanya oleh anak muridnya dan masyarakat setempat berkaitan dengan pendidikan, dengan hasil  jawapan daripada soalan dituju itulah menyebabkan beliau mula menyusun kitab ini. Kitab Ini adalah kitab yang paling penting dalam bidang pendidikan, ini kerana ianya adalah kitab yang pertama dalam Islam yang mengfokuskan kepada bidang pendidikan khusunya dan keilmuwan Islam umumnya. Manuskripnya ditemui di Perpustakaan al-Sakariyal, Sepanyol yang tercatat nombor 1162, Dan Tiga transkripsi di Tunisia iaitu di Perpustakaan al-Asyuraah satu, Perpustakaan al-Najariyah satu dan Perpustakaan Muhammad al-‘Arusi al-Matwi satu. Sekarang ini Hamid al-‘Alwani sedang mentahqiq manuskripnya itu untuk diterbitkan.


ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan Halaman Pra Kata i 1.0 Pendahuluan 1 2.0 Riwayat Hidup 2 2.1 Biodata 2 2.2 Pendidikan 3 2.3 Sumbangan 4 3.0 Konsep Pendidikan Menurut Ibnu Sahnun 6 4.0 Kaedah Mengajar al-Quran 9 4.1 Kaedah Mengeja dan Mengenal Baris 9 4.2 Kaedah Membaca 10 4.3 Kaedah Menulis 11 4.4 Kaedah Menghafal atau Pengulangan 11 4.5 Kaedah Penguasaan 12 4.6 Kaedah Talaqi 13 4.7 Kaedah Penilaian 14 5.0 Penutup 15


1.0 Pendahuluan
Perkembangan Pendidikan Islam telah melangkaui aspek masa dan tempat,  perkembangannya telah mencatat sejarahnya sendiri. Jika dilihat dengan kedatangan Islam yang muncul pada 1432 tahun yang lalu, ianya telah mengalami perkembangan yang begitu pesat dan bersifat global, mudah dan bersesuaian mengikut zaman. Pada awal kemunculan Islam, aspek pendidikan amat dititik beratkan, malah wahyu yang pertama  juga menyentuh berkaitan dengan pendidikan, hal ini sebagaimana Firman Allah, Maksudnya,
 Bacalah dengan ( menyebut ) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar ( manusia ) dengan pena dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya
.( Surah al-Alaq ayat 1 hingga 5)
1
 Aspek utama yang penting dalam penyebaran agama Islam ketika itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, yang mana dengan berpegang keduannya itu maka segala  permasalahan akan dapat ditangani dengan mudah dan berhemah melalui hukum-hukum yang telah termaktud dalam al-Quran dan dikuatkan dengan as-Sunnah. Nabi Muhammad s.a.w juga menggunakan beberapa kaedah dalam menyampaikan al-Quran kepada para sahabatnya, ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan al-Quran tersebut terpelihara dari sebarang penambahan dan penolakan dari mana-mana pihak yang tidak  bertanggungjawab. Baginda biasanya menyampaikan al-Quran kepada sahabatnya melalui bacaan dalam solat dan talaqi. Manakala sahabat pula menghafalnya dan  bertalaqi antara sesama mereka agar kesucian al-Quran terpelihara. Antara metodologi  para sahabat dalam menerima sesuatu ayat al-Quran ialah pertama menghafal kemudian  bertalaqi seterusnya beramal denganya dan berikutnya menyebarkan kepada umat Islam. Oleh demikian, pelbagai kaedah yang digunakan oleh umat Islam dalam memelihara kesucian al-Quran tersebut. Malah, banyak juga ulama telah mengariskan  panduan dalam kaedah mengajar al-Quran antaranya seperti seperti Ibnu Sahnun, al-Qabisi, Ibnu Sina, Imam Syafie, Ibnu Khaldun, Imam al-Ghazali, Ibnu Miskawaih, al-Zarnuji, Ibnu Taimiyah dan ramai lagi. Dalam perbincangan kali ini, penulis akan Al-Quran al-Karim: Surah al-Alaq: 1-5
mengeluarkan beberapa kaedah yang digunakan oleh ulama terkenal di Qairawan serta di rantau Magribi, Afrika Utara dalam mengajar al-Quran iaitu Imam Ibnu Sahnun.
2.0 Riwayat Hidup 2.1 Biodata
Ibnu Sahnun atau nama sebenar beliau ialah Abu ‘Abdullah Muhammad bin Abi Sa’id Sahnun., Manakala Abi Sa’id Sahnun pula lebih dikenali sebagai Abdul Salam bin Habib bin Hisan bin Hilal bin Bakkar bin Rabi’ah al-Tunukhi. Malah beliau lebih dikenali sebagai Muhammad bin Sahnun atau Ibnu Sahnun. Beliau dilahirkan pada tahun 202 Hijrah bersamaan 818 Masihi di kota Ghadat, Maghribi. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berpendidikan.
Ayah beliau ( ‘Abd Salam ) banyak menimba ilmu dengan ulama-ulama Afrika. Beliau juga merupakan salah seorang yang berusaha untuk memantapkan lagi mazhab Maliki di Utara Afrika dan sebagai panduan pertama mazhab Fiqh Maliki di sana, di samping rantau Maghribi keseluruhannya. Ibnu Sahnun merupakan seorang yang bersifat wara’, rendah diri, zuhud dan  berpaling daripada kesenangan dunia, khusyu’ serta selalu mengingati akhirat dan menunggu kedatangannya, menghidupkan malam dengan solat dan membaca al-Quran. dalam dirinya terkumpul segala sifat kebaikan, serta sangat menghormati hubungan  persaudaraan. Beliau juga disukai oleh orang ramai dan dihormati dikalangan raja-raja. Antara pesanan ayah beliau kepadanya ialah “ Wahai anakku, ucapkan salam kepada manusia, kerana hal itu akan menanamkan rasa cinta. Ucapkan salam kepada musuhnmu, maka sesungguhnya inti iman kepada Allah adalah bersikap baik kepada manusia. Beliau amat berpegang teguh dengan nasihat ini, sehingga perbuatan yang salah di ikuti dengan  perbuatan baik. Kehidupan Ibnu Sahnun tidak panjang , kerana takdir Allah lebih Mengetahui. Ibnu Sahnun telah meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah bersamaan dengan 872 Masihi di al-Sahil ketika beliau berumur 54 tahun. Jenazah beliau dimakamkan bersebelahan.

Kaedah Mengajar Al-Quran Ibnu Sahnun dalam karya ulungnya Adab al- Mu’allimin telah menyatakan beberapa aspek yang perlu dijadikan contoh untuk dilaksanakan pada masa kini oleh guru-guru  pendidikan Islam khususnya, sama ada dari segi pengajaran mahupun pembelajaran. Walaupun demikian, pada bab ini perbincangan akan mengeluarkan beberapa perkara yang berkaitan dengan kaedah mengajar al-Quran, yang meliputi guru-guru agama khasnya. Walaupun Ibnu Sahnun tidak menyusun secara sistematik dan ianya bersifat umum. Penulis cuba untuk menyusun beberapa kaedah yang sesuai untuk digunakan, disamping memudahkan pembacaan dan dapat mengenal pasti kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh Ibnu Sahnun. Antara kaedah yang digunakan oleh Ibnu Sahnun ialah:
1 Kaedah Mengeja dan Mengenal Baris
Kurikulum pengajian al-Kuttab atau peringkat rendah lebih berfokus kepada pengajaran al-Quran dan sekaligus ianya merupakan subjek utama al-Kuttab. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa orang dahulu boleh menghafal al-Quran di awal usia muda. Malah  pengajaran tersebut bukan hanya tertumpu kepada kaedah menghafal sahaja, akan tetapi lebih daripada itu, seperti membaca, menulis malah memahami al-Quran. Sebelum itu, pelajar di al-Kuttab akan diajar dengan beberapa kaedah untuk menguasai al-Quran ini, iaitu pada mulanya pelajar akan diajarkan dengan I’rab al -Quran I’rab al -Quran disini membawa maksud mempelajari mengenai baris (al-Syakl  )atau kaedah Iqra’ bagi kelaziman masyarakat Malaysia khususnya dan Nusantara umumnya. Disamping kaedah mengenal baris, mereka juga akan didedahkan dengan kaedah mengeja (al-Hija ) atau dikenali sebagai kaedah Qiraati dan Baghdadi pada masa kini. Kaedah pengajaran awal ini adalah untuk memandu pelajar ke peringkat yang seterusnya, ini kerana asas mengeja dan mengenal baris adalah titik permulaan bagi  pelajar untuk memahami dan menguasai al-Quran.
2 Kaedah Membaca
Seterusnya, pelajar akan diajar dengan kaedah membaca. Kaedah membaca ini dilakukan setelah pelajar telah menguasai ilmu mengeja dan mengenal baris. Walaupun demikian, sebenarnya dalam proses mengeja dan mengenal baris, mereka sudah diajar untuk menyebut sebutan dan ianya juga dikira sebagai membaca. Akan tetapi kaedah membaca disini adalah kaedah membaca al-Quran, kaedah ini dimulai dengan mendengar bacaan guru kemudian pelajar ikut bacaan guru tersebut.
 Ibnu Sahnun di dalam kitabnya adab al- Mu’allimin, menyatakan supaya seorang pendidik, apabila ingin mengajar al-Quran hendaklah ianya di mulai dengan surah-surah yang pendek atau surah-surah daripada Juz ‘Amma, ini untuk menarik minat pelajar agar dapat menguasai dan menghafal al-Quran. Walaubagaimanapun, dalam membaca al-Quran pelajar juga akan didedahkan dengan hukum-hukum tajwid supaya mereka membaca al-Quran dengan baik dan tartil.
Apabila sudah memahami dan mempraktikkan bacaan al-Quran, mereka juga akan di ajar  bagaimana untuk berhenti dan menyambung semula ayat yang dibaca. Ini adalah untuk memastikan maksud dan makna ayat al-Quran itu tidak lari dari segi makna yang asal. Melihat kepada tujuh jenis bacaan Qiraat, Ibnu Sahnun lebih menekankan kepada bacaan Imam Nafi’, hal ini disebabkan bacaan tersebut adalah bacaan yang paling baik disisi mereka. Namun begitu Ibnu Sahnun tidak melarang mana-mana pendidik untuk mengajar bacaan selain daripada bacaan Imam Nafi’, ini kerana para sahabat Rasulullah s.a.w sendiri membaca dengan tujuh bacaan. Sebagaimana di Nusantara yang menggunakan bacaan Hafs. Penekanan yang dinyatakan ini adalah untuk mendekatkan  pelajar dengan bacaan yang paling baik, dan bersesuaian dengan pegangan setempat.
Selain daripada itu, Ibnu Sahnun amat menitik beratkan dan berhati-hati dalam  pembacaan ayat-ayat al-Quran yang menyalahi tata bahasa (al-Lahnu ). Malah Ibnu Sahnu sendiri tidak menggalakkan pelajar diajar dengan nada syair yang indah, hal ini kerana termasuk dalam bentuk nyayian. Tegasan ini hanya ditujukan kepada para  pendidik sahaja agar berhati-hati apabila mengajar al-Quran.
3 Keadah Menulis
Sebagai latihan untuk memantapkan lagi ingatan tentang sesuatu ilmu sama ada ayat-ayat al-Quran atau mata pelajaran yang lain, mereka akan dilatih supaya untuk menulis. Mereka akan menulis di papan tulis dan di buku latihan sendiri, dan seterusnya mereka akan menghafal. Kaedah ini adalah kaedah yang paling baik untuk mengingati sesuatu  perkara, ini kerana sifat manusia adalah pelupa. Jadi, dengan penulisan ini akan membantu pelajar untuk mengingati balik apa yang diajar. Seterusnya, secara tidak langsung mereka akan menghafalnya. Selain daripada itu, mereka akan didedahkan dengan seni-seni tulisan kaligrafi atau juga dikenali sebagai seni khat. Kaligrafi jika diajar dengan baik dan kemas, hasilnya begitu memuaskan. Ini kerana kaligrafi adalah sesuatu seni yang indah lagi menarik untuk difahami. Namun begitu, mata pelajaran kaligrafi semakin hari semakin dihapuskan di mana-mana sekolah pada hari ini.
4 Kaedah Menghafal atau Pengulangan
Secara tidak langsung, apabila mereka didedahkan dengan kaedah menulis, mereka sendirinya akan didedahkan dengan kaedah pengulangan seterusnya menjadi kaedah menghafal.
Menghafal disini adalah menghafal al-Quran. Kaedah ini merupakan  pendekatan yang paling utama dalam ilmu al-Quran. Ini kerana al-Quran pada asalnya adalah dihafal oleh Rasulullah s.a.w yang diturunkan oleh malaikat Jibril a.s dengan  perintah Allah s.w.t. Ayat-ayat al-Quran yang dihafal oleh Rasulullah s.a.w akan disebarkan kepada para sahabat-sahabat yang lain, seterusnya berkembang sehingga hari ini sebelum al-Quran dibukukan. Kaedah ini tidak memaksa pelajar-pelajar untuk menghafalnya. Ini kerana menghafal memerlukan kekuatan dalaman, motivasi, kestabilan emosi, ketengan jiwa , kekuatan fizikal dan kekuatan mental untuk seseorang itu menghafalnya. Jadi, ianya  bergantung kepada individu tersebut. Walaupun demikian, dengan pengulangan yang ditulis pada buku-buku mereka, mungkin mereka akan ingat dengan sendirinya, dan mereka juga tidak akan berpindah ke surah yang lain selagi mereka tidak menguasai surah yang dipelajarinya itu.
5 Kaedah Penguasaan
Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan kaedah masteri, kaedah masteri ini adalah kaedah yang membantu pelajar menguasai sesuatu surah yang diajar, mereka boleh dipindahkan kepada satu surah ke satu surah yang lain apabila mereka benar-benar menguasai tajwid dan tulisan pada surah tersebut. Selagi mana mereka tidak menguasainya, selagi itulah guru tidak akan memindahkan mereka dengan surah yang  baru. Kaedah ini adalah untuk mengukur sejauh mana penguasaan pelajar terhadap sesebuah surah dalam al-Quran dan mata pelajaran yang lain, disamping itu memudahkan guru untuk menilai pelajar tersebut dengan pelajar-pelajar yang lain. Manakala pendidik juga perlu melihat perbezaan-perbezaan dalam kalangan  pelajar yang cepat dan mudah memahami al-Quran dengan mereka yang lambat dan susah untuk memahami al-Quran. Hal ini kerana, para pendidik perlu mengimbangkan atau berlaku adil terhadap pelajar yang pintar dan lemah dengan tidak memindahkan sesuatu surah atau topik pelajaran kepada pelajar yang pintar. Oleh itu, pelajar yang  pintar perlu menunggu dan membantu rakan-rakannya yang lain untuk menguasai al-Quran.
Walaupun demikian, ada sebahagian teknik ini mungkin bersesuaian pada masa itu, dan tidak sesuai pada masa ini. Jadi, para pendidik perlu menanganinya dengan cara yang berhemah dan bersesuaian, malah menepati cita rasa masyarakat sekarang, seperti mengadakan kelas tambahan , kelas pemulihan, memberi nota sampingan, dan menggunakan kaedah yang tertentu dengan tahap pelajar tertentu.
6 Kaedah Talaqi
Pelajar akan di ajar dengan cara bertalaqi secara berkelompok, kaedah ini adalah untuk memastikan semua pelajar menguasai al-Quran, dan guru-guru akan membahagikan  beberapa kelompok atau dikenali sebagai konsep pengajaran berprogram.
Dalam kaedah ini ada kelompok pelajar-pelajar yang lambat pikat terhadap al-Quran akan di  bantu oleh kawan-kawan yang cerdas. Malah ada juga dibahagikan dengan kelompok tahap yang sederhana, iaitu pelajar-pelajar yang boleh membaca tetapi lambat pikat diletakkan dalam kumpulan yang sama dan dibantu oleh seorang pelajar yang cerdas. Walaupun demikian, bukan semua pelajar yang kurang pintar terlibat. Ini kerana tugas seorang pendidik adalah memastikan pelajarnya dapat menguasai al-Quran. Jadi, kaedah  berkelompok ini adalah hanya untuk mereka yang boleh membaca al-Quran tetapi lambat menguasai yang dibantu oleh kawan-kawan mereka yang cerdas. Manakala pelajar yang kurang pintar masih lagi dalam pengawasan pendidik
7 Kaedah Penilaian
Manakala di akhir pembelajaran, Ibnu Sahnun telah menyatakan bahawa, tidak salah seorang pendidik membuat penilaian terhadap pelajar mereka. Jadi, kaedah seterusnya ialah kaedah penilaian. Penilaian disini ialah menguji tahap penguasaan pelajar terhadap  pengajian mereka.
Penilaian ini juga perlu dilakukan secara berperingkat-peringakat agar pelajar tidak cepat bosan. Beberapa aspek yang perlu dinilai antaranya ialah dari segi ingatan mereka, penguasaan mereka, pengetahuan dan kemahiran mereka. Penilaian ini  biasanya dilakukan pada akhir pembelajaran, pertengahan pengajian dan di akhir  pengajian. Penilaian itu juga dapat mengenalpasti keberkesanan pendidik dalam mendidik anak murid mereka, disamping memantapkan lagi penguasaan mereka pada mata  pelajaran yang diajar.

IMAM AL-GHAZALI
Imam al-Ghazali merupakan tokoh pemikir Islam yang terkenal di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. Kehebatan beliau telah memberi kesan yang mendalam di jiwa umat Islam dari segi pemikiran, budi pekerti dan pendidikan. Ilmunya sangat meluas dalam pelbagai bidang terutama bidang falsafah, akidah, fikah, ilmu kalam, tasawuf, pendidikan, politik dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga Imam al-Ghazali merupakan seorang penulis Islam terkemuka kerana beliau banyak menghasilkan pelbagai bidang penulisan ilmiah.

Riwayat Hidup

Nama penuh Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali al-Tusi al-Shafie. Nama asalnya ialah Muhammad sahaja. Beliau dikenali sebagai Abu Hamid kerana mempunyai anak lelaki yang bernama Hamid yang meninggal dunia semasa masih kecil. Beliau digelar al-Ghazali yang dinisbahkan kepada nama daerah kelahiran beliau iaitu Ghazal. Ada juga pendapat yang mengatakan beliau digelar al-Ghazali sempena gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing.

Beliau dilahirkan pada tahun pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi, di Kampung Ghazal yang terletak di pinggir kota kecil bernama Tus di wilayah Khurasan. Beliau berasal daripada keluarga miskin. Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi untuk melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Keistimewaan al-Ghazali ialah dalam usia 34 tahun beliau telah dilantik sebagai reaktor Universiti Baghdad.

Selepas itu, Imam al-Ghazali mengembara mencari kebenaran dan kedamaian selama 12 tahun sehingga berjaya mendapat kepuasan dalam ilmu sufi. Beliau meninggal dunia pada pagi hari Isnin, 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah di Tus dan jenazahnya dikebumikan di tanah kelahirannya.

Imam-al-Ghazali telah mendapat gelaran sebagai ‘Hujjatul Islam’ dari umat Islam seluruh dunia selepas kewafatan beliau. Ini adalah hasil kajayaannya dalam pembelaan terhadap Islam daripada serangan anasir-anasir dalam dan luar negara kerana membahayakan umat Islam seluruhnya (Abdul Salam Yussof : 2003).

Pendidikan

Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana keluarganya miskin.. Beliau mempelajari sebahagian ilmu Fiqh dari Imam Ahmad al-Razikani di Tus, kemudian berpindah ke Jurjan untuk menuntut ilmu dengan Imam Abu Nasr al-Ismaili.

Setelah itu, al-Ghazali berpindah ke Naisabur dan mengambil peluang menuntut ilmu dengan tekun dari Imam al-Haramain Abu Ma’ali al-Juwaini (419-478H) sehingga mahir tentang mazhab al-Syafie, ilmu Khilaf, perubatan, usuluddin, usul fiqh dan mantiq. Al-Ghazali juga berjaya menguasai dua ilmu lain seperti ilmu hikmah dan falsafah (Salih Ahmad al-Syami : 2001)

Beliau juga telah megembara ke beberapa tempat seperti Mekah,Madinah, Mesir dan Jurussalem untuk mendalami ilmu falsafah. Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis kitab ‘Ihya Ulumu ad-Din’ yang telah memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat dan pemikiran Islam dalam semua masalah (Ahmad Mohd Salleh : 2004).

Sumbangan Dalam Bidang Ilmu Pengetahuan

Imam al-Ghazali merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang tidak ternilai melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa hasil karya Imam al-Ghazali telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada penuntut-prnuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Eropah telah memberi perhatian yang amat besar terhadap karya al-Ghazali dan menyimpan kekayaan kesusasteraannya yang bermutu tinggi itu.

Beberapa hasil karya Imam al-Ghazali yang paling terkenal ialah Ihya Ulum ad-Din yang merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf. Segala hasil tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya seperti Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Asyraf, Ibnu Rusrd dan Syah Waliyyullah. Kebanyakan hasil karya Imam al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh itu, pengkaji-pengkaji Barat menganggap Imam al-Ghazali seorang ahli falsafah. Antara hasil karya beliau yang laian termasuklah Mizanul Amal, A-Munkaz Mina Dhalal, Tahaful al-Falsafah, Minhajul ‘Abidin, Hidayah as-Salikin, Jawahir al-Quran dan lain-lain lagi.

Antara lain sumbangan Imam al-Ghazali ialah:-
1. Sebagai Penasihat Agong Perdana Menteri Nizam al-Malik.
2. Menjadi tenaga pengajar kanan di Universiti Nizamiyah Baghdad dan Naisabur.
3. Mendokong fahaman al-Asya’irah ataulebih dikenali sebagai Mazhab Ahli Sunnahwal Jamaah.

Kaedah Pengajaran

Berhubung dengan masalah mencari ilmu pengetahuan,al-Ghazali menjelaskan semua ilmu yang dicari oleh manusia datangnya daripada Allah SWT. Tegasnya Allah SWT adalah guru yang utama, Jibril as adalah guru yang kedua dan guru yang ketiga adalah Nabi Muhammad saw. Semua manusia mendapat ilmu dari para nabi. Tidak seorang pun yang terkecuali daripada proses ini (Hamid Fahmy Zarkasyi : 1990).

Menurut al-Ghazali guru ialah seseorang yang menyampaikan sesuatu kepada orang lain atau kepada pelajarnya. Dalam definisi lain al-Ghazali menyatakan guru ialah seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemahuan tanpa mengira peringkat umur, dengan pelbagai cara dan kaedah tanpa mengharapkan ganjaran.

Dalam meyampaikan pengajarannya, banyak kaedah yang digunakan oleh Imam al-Ghazali. Antaranya :-

1. Kaedah Perbandingan
Kaedah ini digunakan dalam pengajaran, perbincangan untuk membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka kepada karya-karyanya. Dalam kitab Ihya Ulum Ad-Din, Imam al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat di kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak.

2. Kaedah Halaqah
Kaedah ini terus menerus digunakan oleh yayasan pendidikan dalam dunia Islam. Semenjak bermulanya dakwah Islamiah, para pelajar mengelilingi gurunya dalam separa bulatan untuk mendengar syarahannya. Imam al-Ghazali juga melaksanakan kaedah halaqah semasa menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya di sekolahnya. Sekolah tersebut didirikan berhampiran dengan rumahnya untuk penuntut-penuntut ilmu dan juga sebagai persinggahan ahli sufi.

3. Kaedah Petunjuk / Bimbingan
Kaedah ini digunakan semasa menanamkan dasar-dasar agama kepada anak-anak. Imam al-Ghazali memulakan dengan meniru, iaitu menunjuk cara kepada anak-anak, diikuti dengan meyakini dan menguatkan dengan dalil-dalil, membaca ayat al-Quran dan menerangkan kandungan serta maknanya.

4. Kaedah Dialog dan Perbincangan
Kaedah ini melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan, dikritik dan dibantah lagi. Imam al-Ghazali pernah menggunakan kaedah perbincangan dan dialog bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan. Kaedah ini dapat mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan berbicara tanpa teks.

Kesimpulannya, Imam al-Ghazali adalah seorang yang gigih dalam menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Kita sepatutnya mencontohi beliau dalam kedua bidang tersebut. Beliau telah memberi sumbangan yang besar dalam tamaddun ilmu. Karya-karyanya menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Seharusnya kita semua ingat bahawa kaedah-kaedah pengajaran yang diamalkan di seluruh dunia kini adalah berpunca daripada al-Quran dan sunnah.

IBNU KHALDUN

IBNU Khaldun mencetus pemikiran baru apabila menyatakan sistem sosial manusia berubah mengikut kemampuannya berfikir, keadaan muka bumi persekitaran mereka, pengaruh iklim, makanan, emosi serta jiwa manusia itu sendiri.
Beliau juga berpendapat institusi masyarakat berkembang mengikut tahapnya dengan tertib bermula dengan tahap primitif, pemilikan, diikuti tahap peradaban dan kemakmuran sebelum tahap kemunduran.
Pandangan Ibnu Khaldun dikagumi tokoh sejarah berketurunan Yahudi, Prof Emeritus Dr Bernerd Lewis yang menyifatkan tokoh ilmuwan itu sebagai ahli sejarah Arab yang hebat pada zaman pertengahan.
Felo Amat Utama Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Uthman El- Muhammady pula melihat pendekatan Ibnu Khaldun secara sejagat. Sumbangan Ibu Khaldun, perintis ilmu sosiologi moden telah disiarkan melalui siri Ilmuwan Islam di TV3
Episod yang diterbitkan Mohd Fasil Mohd Idris, membawa penonton mengenali lebih dekat ilmuwan kelahiran Tunisia yang banyak menghasilkan karya untuk rujukan umat Islam dan bangsa lain masa kini.
Dilahirkan di Tunisia, keluarga Ibnu Khaldun sebenarnya berasal dari wilayah Seville, Sepanyol, ketika dalam pemerintahan Islam.Ketika zaman kanak-kanak, beliau mempelajari al-Quran daripada orang tuanya sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi sambil dibantu sejarawan dan ulama Tunisia serta Sepanyol. Pada 1375, beliau berhijrah ke Granada, Sepanyol kerana mahu melarikan diri daripada kerajaan di Afrika Utara.
Bagaimanapun, keadaan politik Granada tidak stabil, lantas mendorong beliau untuk merantau ke Aljazair (bahagian utara Semenanjung Tanah Arab). Di sini, beliau tinggal di kampung kecil iaitu Qalat Ibnu Salama. Di situ juga beliau menghasilkan beberapa karya terkenal termasuk al Ibar Wa Diwan al-Mubtad Wa al-Khabar. Kitab ini mengandungi enam jilid dan paling terkenal, kitab Mukaddimah.
Sehingga kini kitab itu menjadi rujukan umat Islam, khususnya dalam ilmu kajian sosial, politik, falsafah dan sejarah. Kitab Mukaddimah menghuraikan beberapa peristiwa dalam kehidupan masyarakat, proses pembentukan negara, faktor kemajuan serta kemunduran, selain menerangkan beberapa perkara yang berkaitan bidang perniagaan, perindustrian dan pertanian. Karya Ibnu Khaldun yang menakjubkan itu membolehkan beliau digelar sebagai Prolegomena atau pengenalan kepada pelbagai ilmu perkembangan kehidupan manusia di kalangan ilmuwan Barat. Dalam pada itu, Ibnu Khaldun mengutarakan pandangannya bagi memperbaiki kesilapan dalam kehidupan menjadikan karya beliau seumpama ensiklopedia yang mengisahkan pelbagai perkara dalam kehidupan sosial manusia. Kajian yang dilakukan Ibnu Khaldun bukan hanya mencakupi kisah kehidupan masyarakat ketika itu, malah merangkumi sejarah umat terdahulu. Selain sebagai ilmuwan dalam bidang sosial, Ibnu Khaldun, mampu mentadbir dengan baik apabila dilantik sebagai kadi ketika menetap di Mesir. Kebijaksanaannya mendorong Sultan Burquq iaitu Sultan Mesir ketika itu memberi gelaran Waliyuddin kepada Ibnu Khaldun. Ibnu Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan, kebebasan dan terkenal kerana hasil kerjanya dalam bidang sosiologi, astronomi, numerologi, kimia serta sejarah. Beliau membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya daripada keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan dan menguruskan penghasilan wang. Pemerintah juga melaksanakan kepemimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan. Dari segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubung kaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan. Beliau turut menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Wacana atau pemikiran Ibnu Khaldun turut diterjemah ke dalam kehidupan masyarakat moden yang mahu mengimbangi pembangunan fizikal dan spiritual seperti Malaysia yang sedang menuju status negara maju. Secara teorinya, ilmu itu dikaitkan dengan soal manusia dalam masyarakat dan ahli sosiologi berharap ilmu berkenan dapat menjalinkan perpaduan serta membentuk penawar kepada krisis moral yang dihadapi masyarakat hari ini. Istilah sosiologi walaupun dicipta tokoh kelahiran Perancis abad ke-19, Aguste Comte, kajian mengenai kehidupan sosial manusia sudah dihurai oleh Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, 500 tahun lebih awal, pada usianya 36 tahun.
[Ilmuwan Islam: Pemikiran Ibnu Khaldun rintis ilmu sosiologi moden] Teori masyarakat Ibnu Khaldun jadi rujukan Barat Mei 11, 2009 — akarimomar dipetik dari Berita Harian Ilmu ramuan paling asas bagi perkembangan minda manusia, terutama mengenai alam
IBNU Khaldun (1332-1406) ialah cendekiawan Islam yang banyak menyumbang dalam pelbagai bidang sains kemanusiaan antaranya falsafah, sains politik, sejarah dan sosiologi.
Berasal dari Tunisia, beliau pernah bertugas sebagai hakim atau kadi kepada mazhab Maliki di Afrika Utara. Beliau juga negarawan yang arif dalam hal ehwal negara hasil pengalamannya berkhidmat kepada beberapa generasi pemerintah Muslim di sana.
Antara karya penulisan beliau yang masyhur ialah Muqaddimah, buku pendahuluan bagi Kitab Al-’Ibar mengulas teori ketamadunan yang kini menjadi rujukan ilmuwan Islam dan pengkaji Barat. Antara pemikiran Ibnu Khaldun adalah teori kemasyarakatan. Menurut beliau, sebelum mengkaji lebih mendalam sesuatu masyarakat, kita perlu memahami manusia dan perbezaannya daripada hidupan lain. Manusia diangkat tinggi martabatnya berbanding makhluk sekeliling kerana boleh berfikir dan menimba pelbagai ilmu sains serta ilmu seni. Kedua, manusia mempunyai kemahiran memerintah yang memberi peluang untuk menyediakan perlindungan serta mempertahankan keselamatan diri.
Ketiga, manusia dapat bekerjasama melalui pelbagai bentuk dan cara dalam menjalani kehidupan seperti kerjasama dalam institusi kekeluargaan, anak sentiasa berusaha membantu ibu bapa.
Seterusnya ia berkembang kepada kerjasama antara kaum yang akhirnya mewujudkan ciri keempat pada manusia yang dinamakan oleh Ibnu Khaldun sebagai tamadun. Manusia memerlukan tamadun untuk memenuhi keperluan mereka.
Ini termasuk tempat tinggal yang selesa di bandar dan kawan bagi menemani hidup supaya tidak kesunyian. Semua ciri ini membezakan manusia dengan makhluk lain mengikut pengamatan Ibnu Khaldun. Apabila memahami manusia, baru kita beralih kepada pengkajian mengenai bagaimana individu dapat membina jati diri serta mempelajari budaya melalui pergaulan dan pengalaman hidup dalam masyarakat. Individu tidak boleh hidup dengan mengasingkan diri daripada masyarakat. Ibnu Khaldun menceritakan mengenai seorang kanak-kanak yang dikurung bersama bapanya sejak ia lahir.
Walaupun memiliki pengetahuan mengenai dunia luar melalui penceritaan bapanya, budak itu masih tidak mampu membayangkan dan berimaginasi apa yang diceritakan itu. Pengasingan dengan dunia luar membuatkan kanak-kanak itu tiada pengalaman berjumpa dan hidup dalam masyarakat sehingga membantutkan daya fikirannya. Oleh itu, hidup bermasyarakat adalah penting.
Menurut Ibnu Khaldun, beberapa faktor perlu ada bagi membantu individ  dalam proses mengumpul pengetahuan mengenai masyarakat dan pertama adalah ilmu. Ilmu adalah ramuan paling asas bagi perkembangan minda manusia, terutama mengenai alam. Manusia asalnya jahil dan mempunyai minda yang kosong ataupun dipanggil tabula rasa mengikut Ibnu Khaldun.
Kemudian, hasil usaha menimba ilmu pengetahuan, seseorang menjadi insan lebih sempurna akal fikirannya dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ilmu pengetahuan dimantapkan dengan faktor kedua iaitu nilai murni keagamaan yang mewujudkan pembangunan jati diri yang baik.
Pembangunan insan berlandaskan agama ini perlu diserapkan ke dalam personaliti setiap individu. Proses ini dapat dilaksanakan oleh ejen ketiga iaitu institusi keluarga.
Kasih sayang yang diberikan ibu bapa sangat perlu bagi mewujudkan individu yang normal dan dapat menyumbang kepada masyarakat. Pandangan ini sesuai dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.”
Keluarga memainkan peranan utama membentuk sahsiah dan akhlak individu supaya sentiasa baik dan berada dalam landasan agama. Guru dan golongan tua juga ejen yang membantu menerapkan nilai murni kepada individu.
Golongan tua terlebih dulu makan garam memandu golongan muda berdasarkan pengalaman hidup yang sudah mereka tempuhi. Sementara guru pula berkemampuan mengajarkan pelbagai ilmu kepada murid.
Menurut Ibnu Khaldun, ilmu yang diajar harus secara berperingkat. Sedikit demi sedikit ilmu diserapkan kepada pelajar mengikut kemampuan mereka. Jangan terus memberi soalan yang susah atas alasan supaya mereka dapat menimba pengalaman daripada menjawab soalan itu.
Soalan yang sukar ini patut disimpan untuk dijawab pada akhir proses pembelajaran. Guru yang melakukan kesilapan ini sebenarnya menambahkan kekeliruan pelajar kepada pelajaran.
Bagi Ibnu Khaldun ini adalah teknik pengajaran yang lemah dan tidak berkesan. Beliau juga menekankan elak daripada menjalankan proses pendidikan formal berasaskan penghafalan kerana menghafal mengakibatkan seseorang mudah lupa.
Faktor seterusnya ialah penguasaan bahasa sebagai medium asas untuk berkomunikasi dengan masyarakat termasuk kebolehan berbahasa pasar kerana ia dapat memudahkan seseorang bersosial dan merapatkan lagi hubungan dengan ahli masyarakat.
Penulisan juga penting kerana bahasa sesuatu yang simbolik. Penulisan dapat membantu seseorang meluahkan apa yang terdetik di benak dan minda mereka.
Ejen sosialisasi yang terakhir ialah muzik. Menurut Ibnu Khaldun, muzik dapat mengeratkan hubungan sesama manusia melalui emosi yang dilahirkan ketika mendengarnya terutama muzik berentak harmoni.
Ia membantu menceriakan suasana serta meringankan tekanan. Muzik bercorak puisi indah, berirama rancak dan bertenaga pula menaikkan semangat tentera yang berjuang di medan peperangan. Ini membantu mereka terus cekal melindungi keselamatan masyarakat sehingga berjaya mengatasi dan mengalahkan musuh serta pulang ke pangkuan keluarga dicintai.
Ibnu Khaldun banyak menyumbang kepada ilmu falsafah sama ada politik, sosiologi dan sejarah, walaupun pelbagai kritikan dilemparkan kerana teorinya yang dianggap agak sekular, jika diamati, fikiran beliau lebih maju daripada era zamannya sendiri.
Selepas lebih enam abad berlalu, falsafah beliau masih dapat diguna pakai dan banyak menyumbang kepada pembangunan tamadun sama ada Islam mahu Barat.
Sehingga kini, hasil nukilan beliau masih menjadi sumber rujukan utama bagi universiti di seluruh dunia.



Al-Qabisi

Soalan Kajian
Kajian yang dilaksanakan secara umumnya bertujuan untuk apakah amalan pengajaran tahfiz al-Quran
yang telah dilaksanakan dalam proses pengajaran tahfiz al-Quran. Oleh itu soalan kajian ialah:
TALQIN
TAKRAR
AL-MAIL
AL-FAHM
HARIAN
AKHIR
MINGGUAN
MENULIS
MEMBACA
MELIHAT
MENDENGAR
AL-QURAN
KAEDAH 
Nama lengkap Al-Qabisiy  adalah Abu Al-Hasan Muhammad  bin Khalaf Al-Ma‘arifi Al-Qairawaniy.  Al-Qabisiy adalah penisbahan kepada sebuah bandar yang terdapat di Tunis. Kalangan ulama lebih mengenal namanya dengan sebutan Al-Qabisiy. Ia lahir di Kota Qairawan Tunisia  pada tahun 324 H-935M.[3] Literatur-literatur tidak menyebutkan  perihal kedudukan  orang tuanya. Barangkali Al-Qabisiy bukan dari keturunan ulama yang termasyhur, atau bangsawan ataupun hartawan sehingga asal keturunannya tidak banyak digambarkan sejarah, namun namanya terkenal setelah ia menjadi  ilmuan yang berpengaruh dalam dunia Islam.
Semasa kecil dan remajanya belajar di Kota Qairawan. Ia mulai mempelajari Al-Qur’an, hadits, fikih, ilmu-ilmu bahasa Arab dan Qira’at dari beberapa ulama yang terkenal di kotanya. Di antara ulama yang besar sekali memberi pengaruh pada dirinya adalah Abu Al-‘Abbas Al-Ibyani yang  amat menguasai fikih mazhab Malik. Al-Qabisiy pernah mengatakan tentang gurunya ini: “saya tidak pernah menemukan di Barat dan di Timur ulama seperti Abu al-‘Abbas. Guru-guru lain  yang banyak ia menimba ilmu dari mereka adalah  Abu Muhammad Abdullah bin Mansur Al-Najibiy, Abdullah bin Mansur Al-Ashal, Ziyad bin Yunus Al-Yahsabiy, Ali Al-Dibagh dan  Abdullah bin Abi Zaid.[4]
Al-Qabisiy pernah sekali melawat ke wilayah Timur Islam dan menghabiskan waktu selama 5 tahun, untuk menunaikan ibadah haji dan sekaligus  menuntut ilmu. Ia pernah menetap di bandar-bandar besar  seperti  Iskandariyah dan Kairo (Negara Mesir) serta Hejaz dalam waktu yang relatif tidak begitu lama. Di Iskandariyah ia  pernah belajar pada Ali bin Zaid Al-Iskandariy, seorang ulama yang masyhur dalam meriwayatkan hadits Imam Malik dan  mendalami mazhab fikihnya.[5] Al-Qabisiy mengajar pada  sebuah madrasah yang diminati oleh penunut-penuntut ilmu. Madrasah ini lebih memfokuskan pada ilmu hadits dan fikih. Pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di madrasah ini banyak yang datang  dari Afrika dan  Andalus.  Murid-muridnya yang terkenal adalah  Abu Imran Al-Fasiy, Abu Umar Al-Daniy, Abu Bakar bin Abdurrahman, Abu Abdullah Al-Maliki, Abu Al-Qasim Al-Labidiy Abu Bakar ‘Atiq Al-Susiy dan lain-lain.[6]
Al-Qabisiy terkenal luas pengetahuannya dalam bidang hadits dan fikih di samping juga sastera Arab.[7] Ia menjadi rujukan ummat dan dibutuhkan untuk menjawab masalah-masalah hukum Islam, maka ia diangkat menjadi mufti dinegerinya. Sebenarnya, ia tidak menyukai jabatan ini, karena ia memiliki sifat tawadlu‘ (merendah diri), wara‘ (bersih dari dosa) dan zuhud (tidak mencintai kemewahan hidup duniawi).[8] Salah satu karyanya dalam bidang pendidikan  Islam yang sangat monumental adalah kitab “Ahwal al-Muta’allim wa Ahkam Mu’allimin wa al-Muta’allimin”, sebagai kitab yang terkenal pada abad 4 dan sesudahnya.
Konsep pemikiran tujuan pendidikannya Al-Qabisy secara umum, sebagaimana dirumuskan oleh al-Jumbulati, iaitu: (1) mengembangkan kekuatan akhlak anak, (2) menumbuhkan rasa cinta agama, (3) berpegang teguh terhadap ajarannya, (4) mengembangkan perilaku yang sesuai dengan nilai-nilai yang murni, dan (5) anak dapat memiliki keterampilan dan keahlian pragmatis yang dapat mendukung kemampuan mencari nafqah.[9] Sedangkan Abudin Nata memahami tujuan pendidikan Islam al-Qabisy bercorak normatif, yaitu mendidik anak menjadi seorang muslim yang mengetahui ilmu agama, sekaligus mengamalkan agamanya dengan menerapkan akhlak mulia.[10] Dengan demikian, dipahami bahwa pandangan intisari pendidikan al-Qabisy menurut Abudin Nata bukan hanya pada ranah pengetahuan kognitif, namun sekaligus pada ranah afektif dan psikomotorik.
Pendidikan Islam mencakup kehidupan manusia seutuhnya, memperhatikan segi akidah, ibadah, serta                                                                           mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm                              .aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaV                                                                                          
]=akhlak, bahkan pendidikan dapat bermakna merubah dan memindahkan nilai kebudayaan kepada masayarakat dan individu. Hasan Langgulung, Pendidikan dan Peradaban Islam; Suatu Analisa Sosio-Psikologi, (Jakarta, Pustaka Al-Husna, 1985,), h. 3. Lihat juga Mappanganro, Implementasi Pendidikan Islam di Sekolah (Ujungpandang: Yayasan Ahkan, 1996), h. 10.

[2]Jalaluddin, Psikologi Agama (Cet.I; Jakarta:  Grafindo Persada, 1996), h. 206. Pengaruh pembentukan jiwa keagamaan dan perilaku keberagamaan pada lembaga pendidikan, khususnya pada lembaga pendidikan formal banyak tergantung dari bagaimana karakteristik pendidikan agama yang diterapkan. Sekolah atau madrasah dalam perspektif Islam, berfungsi sebagai media realisasi pendidikan berdasarkan tujuan pemikiran, aqidah dan syariah dalam upaya penghambaan diri terhadap Allah dan mentauhidkan-Nya sehingga manusia terhindar dari penyimpangan fitrahnya. Abdurrahman al-Nahdlawi, Ushul al-Tarbiyah al-Islamiyah wa Asalibuha fi al-Bayt wa al-Madrasah wa al-Mujtama’ diterjemahkan oleh Shibabuddin dengan judul Pendidikan Islam di Rumah, Sekolah dan Masyarakat (Cet. II; Jakarta: Gema Insani Press, 1995), h. 152.

[3] Ali al-Jumbulati, Dirasatun Muqaranatun fit Tarbiyyatil Islamiyyah, terj. M. Arifin, dengan judul Perbandingan Pendidikan Islam, (Jakarta: Rineka Cipta, 1994), hal. 76. Menurut data yang ada, bahwa ia lahir pada bulan Rajab, 224 M (13 Mei 936 M), dan wafat di negeri asalnya pada tanggal 3 R. Awal 403 H (23 Oktober 1012 M).
[4] Abdullah al-Amin al-Nu’my, Kaedah dan Tekhnik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun dan Al-Qabisy, (Jakarta: t.pt., 1995), h.184
[5] Ibid, h. 186-187, lihat juaga pada Abuddin Nata, Pemikiran Para Tokoh Pendidikan Islam, (Jakarta: PT. Raja Grapindo Persada, 2003), h. 25-26.
[6] Al-Nu’my, op.cit., h.185
[7] Selain dikenal sebagai pemikir dalam bidang pendidikan, ia pun dikenal sebagai ulama hadis dan fiqih yang terkemuka di samannya, bahkan dalam bidang hadis sebagai ulama terkemuka dalam menghafal hadis dan alim dalam sanad dan matan. Abuddin Nata, loc.cit.
[8] Setelah wafat Ibnu Syilun, mufti negeri Tunis, ia terpaksa mengisi jabatan yang kosong ini karena dialah yang pantas mengisinya. Keluasan ilmunya pernah dipuji oleh Ibnu Syilun di hadapan orang banyak: bukalah pintu fatwa kepadanya, karena ia termasuk orang yang wajib memberi fatwa. Ia lebih berilmu dari orang lain yang ada di Qairawan, maka setelah wafatnya, ia menerima jabatan tersebut.Ibid.
[9] Ali al-Jumbulati,
[10] Abudin Nata, op.cit., h. 30
 teori pengajaran dan pembelajaran tahfiz yang telah diperkenalkan oleh al-Qabisi (1955). Beliau telah mengemukakan kaedah yang tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz iaitu kaedah  talqin  (mengajar),  takrar  (latih tubi),  al-mail cintakan alQuran) dan al-fahm (kefahaman). Beliau juga menyarankan agar teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz ini ialah teknik menggunakan kepelbagain pancaindera antarnya mendengar, melihat,membaca dan menulis (al-Qabisi, 1955).  Al-Qabisi (1955) juga menjelaskan teknik penilaian di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz ini seharusnya berlaku dalam bentuk penilaian harian, penilaian mingguan,dan penilaian akhir. Proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz yang mempunyai kaedah dan teknik yang sempurna serta penilaian yang teratur akan menghasilkan hasil pembelajaran selaras dengan matlamat dan objektif yang telah digariskan