بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Rabu, 26 November 2014
pengajaran al-quran menurut il-ghazali,ibnu khaldum ,al-qabisi
1.0 Pendahuluan
Perkembangan Pendidikan Islam telah
melangkaui aspek masa dan tempat,
perkembangannya telah mencatat sejarahnya sendiri. Jika dilihat dengan
kedatangan Islam yang muncul pada 1432 tahun yang lalu, ianya telah mengalami
perkembangan yang begitu pesat dan bersifat global, mudah dan bersesuaian
mengikut zaman. Pada awal kemunculan Islam, aspek pendidikan amat dititik
beratkan, malah wahyu yang pertama juga
menyentuh berkaitan dengan pendidikan, hal ini sebagaimana Firman Allah
ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ t,n=y{ z`»|¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ ù&tø%$# y7/uur ãPtø.F{$# ÇÌÈ
Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ zO¯=tæ z`»|¡SM}$# $tB óOs9 ÷Ls>÷èt ÇÎÈ
Maksudnya, Bacalah dengan (
menyebut ) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar ( manusia )
dengan pena dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.( Surah
al-Alaq ayat 1 hingga 5)
Aspek utama yang penting
dalam penyebaran agama Islam ketika itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, yang
mana dengan berpegang keduannya itu maka segala
permasalahan akan dapat ditangani dengan mudah dan berhemah melalui
hukum-hukum yang telah termaktud dalam al-Quran dan dikuatkan dengan as-Sunnah.
Nabi Muhammad s.a.w juga menggunakan beberapa kaedah dalam menyampaikan
al-Quran kepada para sahabatnya, ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
memastikan al-Quran tersebut terpelihara dari sebarang penambahan dan penolakan
dari mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab. Baginda biasanya menyampaikan al-Quran kepada
sahabatnya melalui bacaan dalam solat dan talaqi. Manakala sahabat pula
menghafalnya dan bertalaqi antara sesama
mereka agar kesucian al-Quran terpelihara. Antara metodologi para sahabat dalam menerima sesuatu ayat
al-Quran ialah pertama menghafal kemudian
bertalaqi seterusnya beramal denganya dan berikutnya menyebarkan kepada
umat Islam. Oleh demikian, pelbagai kaedah yang digunakan oleh umat Islam dalam
memelihara kesucian al-Quran tersebut. Malah, banyak juga ulama telah
mengariskan panduan dalam kaedah
mengajar al-Quran antaranya seperti seperti Ibnu Sahnun, al-Qabisi, Ibnu Sina,
Imam Syafie, Ibnu Khaldun, Imam al-Ghazali, Ibnu Miskawaih, al-Zarnuji, Ibnu
Taimiyah dan ramai lagi.Terdapat beberapa model pengajaran dan pembelajaran ilmuan Islam dalam tilawah al-Quran, iaitu
model Rasulullah s.a.w., model al-Ghazali, Model Ibnu Khaldun, Model Abu Hanifah, dan model
al-Shatibi.
Model Rasulullah s.a.w.
Jika difokuskan kepada model pengajaran dan pembelajaran yang disandarkan kepada beberapa orang tokoh Islam. Ahmad (1997), al-Sadan (1999), Mohd Yusuf(2000), Abu Ghuddah (2001) dan M. Abdel (2002) menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w adalah sebagai tokoh guru yang hebat menggunakan pelbagai pendekatan dalam mengajar dan mendidik para sahabat. Baginda menggunakan kaedah pengajaran yang berbagai-bagai untuk disesuaikan dengan kepelbagaian jenis pelajar iaitu para sahabat r.a. Antaranya ialah kaedah sentuhan, kaedah soal jawab, kaedah perbandingan, kaedah penceritaan, kaedah beransur-ansur, kaedah memuji-muji bagi memberi galakan dan pelbagai lagi kaedah yang sesuai dengan ajaran Islam.
Model al-Ghazali
Ahmad (1997) menjelaskan bahawa model pengajaran dan pembelajaran yang dijadikan sandaran dalam bidang pendidikan, khususnya dalam pendidikan Islam ialah model pengajaran dan pembelajaran Imam al-Ghazali. Model pengajaran dan pembelajaran ini memberi penekanan kepada kaedah perbandingan, kaedah halaqah, kaedah bimbingan dan kaedah perbincangan sebagai teras dalam model pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan model pengajaran dan pembelajaran Imam alGhazali ini maka dapat dijadikan asas dalam usaha untuk mendalami ilmu pengetahuan. Oleh itu dalam pengajaran Tilawah al-Quran, antaranya guru Pendidikan Islam dapat membandingkan pelbagai makhraj huruf semasa mengajar. Dengan cara ini dapat membantu pelajar agar dapat menyebut sebutan potongan ayat al-Quran dengan menepati hukum tajwid.
Model Ibnu Khaldun
Model pengajaran dan pembelajaran Ibnu Khaldun pula, an-Na’miy (1994) melaporkan bahawa model ini memberi tumpuan kepada tiga aspek penting iaitu menyelesaikan sesuatu topik,pemeringkatan isi pelajaran dan objektif pengajaran. Berdasarkan model pengajaran dan pembelajaran Ibnu Khaldun, guru perlu memastikan sesuatu topik difahami dengan baik oleh pelajar sebelum berpindah ke topik yang baru. Oleh itu, semasa pengajaran Tilawah al-Quran, guru perlu prihatin terhadap kefahaman pelajar tentang topik yang diajar berkaitan Tilawah al-Quran agar tidak timbul kecelaruan pelajar dalam memahami pelajaran yang diajar. Berdasarkan model pengajaran dan pembelajaran Ibn Khaldun juga,beliau menekankan pengajaran yang mengambil kira penggunaan teknik pengajaran yang menitikberatkan kebolehan pelajar. Dengan cara ini kelemahan dan ketidakmampuan pelajar dalam penguasaan sesuatu kemahiran ilmu dapat diatasi. Demikianlah juga dalam pengajaran Tilawah al-Quran, teknik yang guru Pendidikan Islam gunakan semasa mengajar hendaklah bertepatan dan sesuai dengan tahap kebolehan pelajar dalam bilik darjah.
Model Abu Hanifah
Perbincangan seterusnya ialah model pengajaran dan pembelajaran Imam Abu Hanifah. Menurut Ahmad (1997) model pengajaran dan pembelajaran Imam Abu Hanifah meliputi kaedah nasihat syarahan, contoh tauladan dan latihan. Pelajar akan diajar sesuatu topik dalam sehari dan guru akan memberi peringatan kepada pelajar dan memastikan pelajar betul-betul memahami topik yang telah dipelajari. Di samping itu juga pelajar dikehendaki menyiapkan latihan berkaitan pembelajaran danperlu diselesaikan oleh mereka. Guru tidak akan beralih ke topik lain melainkan pelajar telah betul –betul memahami topik yang telah dipelajari. Tegasnya, berdasarkan model pengajaran dan pembelajaran Imam Abu Hanifah, pemeringkatan pengajaran amat ditekankan dalam proses pengajaran. Di samping itu juga, Imam Abu Hanifah mengambil berat tentang kepelbagaian kaedah pengajaran untuk memastikan pelajar dapat memahami sesuatu pelajaran dengan berkesan. Hal ini turut ditegaskan oleh al-Syaibani (1991) bahawa kaedah pengajaran adalah fleksibel dan tidak terhad.
1.
Ibnu Sahnun
Jenazahnya turut di sembahyangkan oleh sultan Maghribi iaitu
Sultan Muhammad II bin Ahmad Aghlabi. Peristiwa kematian Ibnu Sahnun telah
menyebabkan semua sekolah, pejabat dan pasar seluruh Qairawan ditutup untuk
memberi perhormatan terakhir kepadanya.
2.2 Pendidikan
Keluarga yang mementingkan pendidikan, begitulah cara hidup
keluarga Sahnun. Manakala Ibnu Sahnun pula sentiasa mendapat pendidikan yang
sempurna daripada kedua ibu bapa, terutama bapanya Sahnun. Ibnu Sahnun dihantar
oleh ayahnya ke pusat pendidikan awal
atau dikenali sebagai al-Kuttab. Al-Kuttab merupakan sebuah tempat yang
dijadikan pusat pendidikan bagi kanak-kanak Islam ketika itu, fokus utama pengajian al-Kuttab adalah al-Quran dan
dasar-dasar membaca. Sahnun amat menjaga anaknya Muhammad sehingga beliau
pernah meminta agar pihak al-Kuttab mendidik anaknya itu dengan penuh kasih
sayang dan tidak melakukannya dengan kekerasan. Ayahnya Sahnun merupakan guru
pertama Ibnu Sahnun, disamping sebagai ketua keluarga. Ibnu Sahnun tidak segan
silu untuk berbahas dengan ayahnya berkaitan dengan al-Quran, malah ayahnya
juga terbuka hati untuk berbahas dengannya. Kesungguhan Ibnu Sahnun itu tidak
menjejaskan adab murid dengan guru dan anak dengan ayah. Malah dalam berbahas
beliau amat mementingkan tingkah laku akhlaknya agar tidak terlanjur dalam
beberapa aspek. Ayahnya telah meninggalkan beberapa karangan atau buku-buku untuk dipelajari oleh anaknya itu
dan masyarakat setempat, setelah Sahnun meninggal dunia. Jadi dengan usaha
gigih yang ada pada Ibnu Sahnun, beliau telah mempelajari dan menelaah
buku-buku ayahnya itu. Disamping itu juga Ibnu Sahnun telah mengembara ke
beberapa buah negara untuk menimba ilmu selain di Afrika itu sendiri. Antaranya
ialah Mesir, Hijaz, Tripoli ( Libya ). Madinah dan Mekkah. Setiap negara yang
dikunjunginya itu, beliau akan menuntut dengan beberapa orang ulama disana.
Antara guru beliau ialah Musa bin Gamal Abdul Nasir Zakaria. 2003.
Prinsip-Prinsip Pendidikan
Islam Mu’awiyah al-Samadihi (225 H), ‘Abd Aziz bin Yahya al-Madani (240 H),
‘Abdullah bin Abi Hisan al-Yahsabi (226 H),‘Abd Rahman bin Qasim, Ibn ‘Abd
al-Hakam, Abu Mas’ab bin Abu Bakar al-Zuhri ( 242 H), Ya’kub bin Kasib dan
Salmah bin Syabib dan ramai lagi. Kealiman dan kedudukannya sebagai seorang
ulama yang tinggi dalam bidang ilmu, ramai penuntut telah menuntut dengan
beliau, adapun juga gurunya turut menuntut dengan beliau, ini kerana prinsip
ilmu adalah perlu dikongsi. Antara anak murid beliau ialah al-Qabisi, Muhammad
bin Salim al-Qatan dan ramai lagi
2.3 Sumbangan
Kesungguhan beliau terhadap bidang ilmu amat menonjol apabila
beliau mula berjinak dengan penulisan seawal usia remaja, penulisan yang
dikarangnya cukup bermakna bagi tatapan umum. Walaupun demikian kebanyakkan
penulisan beliau banyak tertumpu kepada bidang pendidikan, akan tetapi beliau
juga tidak lupa kepada ilmu-ilmu lain seperti Tafsir, Ulum hadith, Ulum
al-Quran, Fiqh dan sebagainya. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada beberapa penemuan sejarah
yang menyatakan bahawa beliau banyak mengarang buku dan ahli sejarah ketika itu
juga menyatakan bahawa beliau adalah seorang yang paling banyak mengarang buku.
Walaupun diketahui bahawa umurnya tidak begitu panjang, akan tetapi dengan
sedaya upaya beliau, beliau telah mengisi masa hidupnya dengan mengarang.
Adapun dinyatakan bahawa beliau telah mengarang lebih kurang 200 buah buku yang
meliputi semua bidang ilmu. Antara buku-buku beliau yang terkenal ialah Risalah
Fi al-Sunah, Kitab al- Ibahah, Risalah Fi Man Sabba al-Nabi s.a.w, Kitab al-
Hujjah ‘ala al -Qadariyah, Kitab al- Hujjah ‘ala al -Nasara, Kitab al- Rad ‘ala
al -Fikriyah, Kitab al-Wara’, Kitab al-Iman Wa al- Rad ‘ala Ahl al -Syirk,
Kitab al- Rad ‘ala Ahl al -Bida’, Kitab Adab al -Qadi, Ahkam al-Qur’an, Kitab
al-Imamah ( 2 Jilid ), Risalah fi adab al-untanazirin ( 2 Jilid ), Kitab
al-Asyribah Wa Gharib al-Hadith ( 3 Jilid ), Kitab Tafsir al-Muwatta ( 4 Jilid
), Kitab al- Tarikh ( 6 Jilid ), Kitab Tabaqat al-‘Ulama (7 Jilid ), Kitab
al-Jihad ( 20 Jilid ), Kitab al-
Musnad ( sebuah kitab hadith yang besar)
dan Kitab al- Jami’ ( merupakan karya
paling besar Ibnu Sahnun yang mana
terhimpun di dalam semua aspek keagamaan, antaranya ialah akhlak dengan 20
juzu’, peribahasa 25 juzu’, adab seorang hakim 10 juzu’, fara’id 50 juzu’ dan
sejarah dan tokoh 8 juzu’, di dalamnya juga dipecahkan kepada lebih daripada
100 juzu’ sebagaimana sebahagiannya dinyatakan di atas, dan ianya merupakan sebuah
buku paling lengkap dengan semua aspek)
Walaupun demikian, ini hanyalah nama-nama kitabnya sahaja,
sedangkan karyanya sebenar tidak dijumpai dan maklumat yang berkaitan dengannya
masih lagi diperinci. Walaubagaimanapun, ada dua buah kitab karangan beliau
yang sampai ke tangan kita hari ini iaitu:
Kitab Ajwibah Ibnu Sahnun dan Kitab Adab al-Muallimin ialah antara
kitab yang paling terkenal dengan
prinsip pendidikan. Sanad-sanad yang terkandung di dalamnya menunjukkan bahawa
Ibnu Sahnun merupakan orang yang luas pengetahuan dan seorang yang gigih
membaca buku-buku agama. Secara kesimpulan dapat dilihat dengan sumbangan yang
diberikan kepada tatapan umum hari ini menunjukkan bahawa Ibnu Sahnun adalah
seorang yang berwawasan, yang mempunyai intelektual yang membangun iaitu
berfikir jauh untuk masa hadapan. Sebelum beliau mengarang Kitab Adab
al-Muallimin, beliau banyak ditanya oleh anak muridnya dan masyarakat setempat
berkaitan dengan pendidikan, dengan hasil
jawapan daripada soalan dituju itulah menyebabkan beliau mula menyusun
kitab ini. Kitab Ini adalah kitab yang paling penting dalam bidang pendidikan,
ini kerana ianya adalah kitab yang pertama dalam Islam yang mengfokuskan kepada
bidang pendidikan khusunya dan keilmuwan Islam umumnya. Manuskripnya ditemui di
Perpustakaan al-Sakariyal, Sepanyol yang tercatat nombor 1162, Dan Tiga
transkripsi di Tunisia iaitu di Perpustakaan al-Asyuraah satu, Perpustakaan
al-Najariyah satu dan Perpustakaan Muhammad al-‘Arusi al-Matwi satu. Sekarang
ini Hamid al-‘Alwani sedang mentahqiq manuskripnya itu untuk diterbitkan.
ISI KANDUNGAN
Isi Kandungan Halaman Pra Kata i 1.0 Pendahuluan 1 2.0 Riwayat
Hidup 2 2.1 Biodata 2 2.2 Pendidikan 3 2.3 Sumbangan 4 3.0 Konsep Pendidikan
Menurut Ibnu Sahnun 6 4.0 Kaedah Mengajar al-Quran 9 4.1 Kaedah Mengeja dan
Mengenal Baris 9 4.2 Kaedah Membaca 10 4.3 Kaedah Menulis 11 4.4 Kaedah
Menghafal atau Pengulangan 11 4.5 Kaedah Penguasaan 12 4.6 Kaedah Talaqi 13 4.7
Kaedah Penilaian 14 5.0 Penutup 15
1.0 Pendahuluan
Perkembangan Pendidikan Islam telah melangkaui aspek masa dan
tempat, perkembangannya telah mencatat
sejarahnya sendiri. Jika dilihat dengan kedatangan Islam yang muncul pada 1432
tahun yang lalu, ianya telah mengalami perkembangan yang begitu pesat dan
bersifat global, mudah dan bersesuaian mengikut zaman. Pada awal kemunculan
Islam, aspek pendidikan amat dititik beratkan, malah wahyu yang pertama juga menyentuh berkaitan dengan pendidikan,
hal ini sebagaimana Firman Allah, Maksudnya,
“
Bacalah dengan ( menyebut )
nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal
darah. Bacalah, Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar ( manusia ) dengan
pena dan mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya
”
.( Surah al-Alaq ayat 1 hingga 5)
1
Aspek utama yang penting
dalam penyebaran agama Islam ketika itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, yang
mana dengan berpegang keduannya itu maka segala
permasalahan akan dapat ditangani dengan mudah dan berhemah melalui
hukum-hukum yang telah termaktud dalam al-Quran dan dikuatkan dengan as-Sunnah.
Nabi Muhammad s.a.w juga menggunakan beberapa kaedah dalam menyampaikan
al-Quran kepada para sahabatnya, ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
memastikan al-Quran tersebut terpelihara dari sebarang penambahan dan penolakan
dari mana-mana pihak yang tidak
bertanggungjawab. Baginda biasanya menyampaikan al-Quran kepada
sahabatnya melalui bacaan dalam solat dan talaqi. Manakala sahabat pula
menghafalnya dan bertalaqi antara sesama
mereka agar kesucian al-Quran terpelihara. Antara metodologi para sahabat dalam menerima sesuatu ayat
al-Quran ialah pertama menghafal kemudian
bertalaqi seterusnya beramal denganya dan berikutnya menyebarkan kepada
umat Islam. Oleh demikian, pelbagai kaedah yang digunakan oleh umat Islam dalam
memelihara kesucian al-Quran tersebut. Malah, banyak juga ulama telah mengariskan panduan dalam kaedah mengajar al-Quran
antaranya seperti seperti Ibnu Sahnun, al-Qabisi, Ibnu Sina, Imam Syafie, Ibnu
Khaldun, Imam al-Ghazali, Ibnu Miskawaih, al-Zarnuji, Ibnu Taimiyah dan ramai
lagi. Dalam perbincangan kali ini, penulis akan Al-Quran al-Karim: Surah
al-Alaq: 1-5
mengeluarkan beberapa kaedah yang digunakan oleh ulama terkenal di
Qairawan serta di rantau Magribi, Afrika Utara dalam mengajar al-Quran iaitu
Imam Ibnu Sahnun.
2.0 Riwayat Hidup 2.1 Biodata
Ibnu Sahnun atau nama sebenar beliau ialah Abu ‘Abdullah Muhammad
bin Abi Sa’id Sahnun., Manakala Abi Sa’id Sahnun pula lebih dikenali sebagai
Abdul Salam bin Habib bin Hisan bin Hilal bin Bakkar bin Rabi’ah al-Tunukhi.
Malah beliau lebih dikenali sebagai Muhammad bin Sahnun atau Ibnu Sahnun.
Beliau dilahirkan pada tahun 202 Hijrah bersamaan 818 Masihi di kota Ghadat,
Maghribi. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang berpendidikan.
Ayah beliau ( ‘Abd Salam ) banyak menimba ilmu dengan ulama-ulama
Afrika. Beliau juga merupakan salah seorang yang berusaha untuk memantapkan
lagi mazhab Maliki di Utara Afrika dan sebagai panduan pertama mazhab Fiqh
Maliki di sana, di samping rantau Maghribi keseluruhannya. Ibnu Sahnun
merupakan seorang yang bersifat wara’, rendah diri, zuhud dan berpaling daripada kesenangan dunia, khusyu’
serta selalu mengingati akhirat dan menunggu kedatangannya, menghidupkan malam
dengan solat dan membaca al-Quran. dalam dirinya terkumpul segala sifat
kebaikan, serta sangat menghormati hubungan
persaudaraan. Beliau juga disukai oleh orang ramai dan dihormati
dikalangan raja-raja. Antara pesanan ayah beliau kepadanya ialah “ Wahai
anakku, ucapkan salam kepada manusia, kerana hal itu akan menanamkan rasa
cinta. Ucapkan salam kepada musuhnmu, maka sesungguhnya inti iman kepada Allah
adalah bersikap baik kepada manusia. Beliau amat berpegang teguh dengan nasihat
ini, sehingga perbuatan yang salah di ikuti dengan perbuatan baik. Kehidupan Ibnu Sahnun tidak
panjang , kerana takdir Allah lebih Mengetahui. Ibnu Sahnun telah meninggal
dunia pada tahun 256 Hijrah bersamaan dengan 872 Masihi di al-Sahil ketika
beliau berumur 54 tahun. Jenazah beliau dimakamkan bersebelahan.
Kaedah Mengajar Al-Quran Ibnu Sahnun dalam karya ulungnya Adab al-
Mu’allimin telah menyatakan beberapa aspek yang perlu dijadikan contoh untuk
dilaksanakan pada masa kini oleh guru-guru
pendidikan Islam khususnya, sama ada dari segi pengajaran mahupun
pembelajaran. Walaupun demikian, pada bab ini perbincangan akan mengeluarkan
beberapa perkara yang berkaitan dengan kaedah mengajar al-Quran, yang meliputi
guru-guru agama khasnya. Walaupun Ibnu Sahnun tidak menyusun secara sistematik
dan ianya bersifat umum. Penulis cuba untuk menyusun beberapa kaedah yang
sesuai untuk digunakan, disamping memudahkan pembacaan dan dapat mengenal pasti
kaedah-kaedah yang diguna pakai oleh Ibnu Sahnun. Antara kaedah yang digunakan
oleh Ibnu Sahnun ialah:
1 Kaedah Mengeja dan Mengenal Baris
Kurikulum pengajian al-Kuttab atau peringkat rendah lebih berfokus
kepada pengajaran al-Quran dan sekaligus ianya merupakan subjek utama
al-Kuttab. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa orang dahulu boleh menghafal
al-Quran di awal usia muda. Malah
pengajaran tersebut bukan hanya tertumpu kepada kaedah menghafal sahaja,
akan tetapi lebih daripada itu, seperti membaca, menulis malah memahami
al-Quran. Sebelum itu, pelajar di al-Kuttab akan diajar dengan beberapa kaedah
untuk menguasai al-Quran ini, iaitu pada mulanya pelajar akan diajarkan dengan
I’rab al -Quran I’rab al -Quran disini membawa maksud mempelajari mengenai
baris (al-Syakl )atau kaedah Iqra’ bagi
kelaziman masyarakat Malaysia khususnya dan Nusantara umumnya. Disamping kaedah
mengenal baris, mereka juga akan didedahkan dengan kaedah mengeja (al-Hija )
atau dikenali sebagai kaedah Qiraati dan Baghdadi pada masa kini. Kaedah
pengajaran awal ini adalah untuk memandu pelajar ke peringkat yang seterusnya,
ini kerana asas mengeja dan mengenal baris adalah titik permulaan bagi pelajar untuk memahami dan menguasai
al-Quran.
2 Kaedah Membaca
Seterusnya, pelajar akan diajar dengan kaedah membaca. Kaedah
membaca ini dilakukan setelah pelajar telah menguasai ilmu mengeja dan mengenal
baris. Walaupun demikian, sebenarnya dalam proses mengeja dan mengenal baris,
mereka sudah diajar untuk menyebut sebutan dan ianya juga dikira sebagai
membaca. Akan tetapi kaedah membaca disini adalah kaedah membaca al-Quran,
kaedah ini dimulai dengan mendengar bacaan guru kemudian pelajar ikut bacaan
guru tersebut.
Ibnu Sahnun di dalam
kitabnya adab al- Mu’allimin, menyatakan supaya seorang pendidik, apabila ingin
mengajar al-Quran hendaklah ianya di mulai dengan surah-surah yang pendek atau
surah-surah daripada Juz ‘Amma, ini untuk menarik minat pelajar agar dapat
menguasai dan menghafal al-Quran. Walaubagaimanapun, dalam membaca al-Quran
pelajar juga akan didedahkan dengan hukum-hukum tajwid supaya mereka membaca
al-Quran dengan baik dan tartil.
Apabila sudah memahami dan mempraktikkan bacaan al-Quran, mereka
juga akan di ajar bagaimana untuk
berhenti dan menyambung semula ayat yang dibaca. Ini adalah untuk memastikan
maksud dan makna ayat al-Quran itu tidak lari dari segi makna yang asal.
Melihat kepada tujuh jenis bacaan Qiraat, Ibnu Sahnun lebih menekankan kepada
bacaan Imam Nafi’, hal ini disebabkan bacaan tersebut adalah bacaan yang paling
baik disisi mereka. Namun begitu Ibnu Sahnun tidak melarang mana-mana pendidik
untuk mengajar bacaan selain daripada bacaan Imam Nafi’, ini kerana para
sahabat Rasulullah s.a.w sendiri membaca dengan tujuh bacaan. Sebagaimana di Nusantara
yang menggunakan bacaan Hafs. Penekanan yang dinyatakan ini adalah untuk
mendekatkan pelajar dengan bacaan yang
paling baik, dan bersesuaian dengan pegangan setempat.
Selain daripada itu, Ibnu Sahnun amat menitik beratkan dan
berhati-hati dalam pembacaan ayat-ayat
al-Quran yang menyalahi tata bahasa (al-Lahnu ). Malah Ibnu Sahnu sendiri tidak
menggalakkan pelajar diajar dengan nada syair yang indah, hal ini kerana
termasuk dalam bentuk nyayian. Tegasan ini hanya ditujukan kepada para pendidik sahaja agar berhati-hati apabila
mengajar al-Quran.
3 Keadah Menulis
Sebagai latihan untuk memantapkan lagi ingatan tentang sesuatu
ilmu sama ada ayat-ayat al-Quran atau mata pelajaran yang lain, mereka akan
dilatih supaya untuk menulis. Mereka akan menulis di papan tulis dan di buku
latihan sendiri, dan seterusnya mereka akan menghafal. Kaedah ini adalah kaedah
yang paling baik untuk mengingati sesuatu
perkara, ini kerana sifat manusia adalah pelupa. Jadi, dengan penulisan
ini akan membantu pelajar untuk mengingati balik apa yang diajar. Seterusnya,
secara tidak langsung mereka akan menghafalnya. Selain daripada itu, mereka
akan didedahkan dengan seni-seni tulisan kaligrafi atau juga dikenali sebagai
seni khat. Kaligrafi jika diajar dengan baik dan kemas, hasilnya begitu
memuaskan. Ini kerana kaligrafi adalah sesuatu seni yang indah lagi menarik
untuk difahami. Namun begitu, mata pelajaran kaligrafi semakin hari semakin
dihapuskan di mana-mana sekolah pada hari ini.
4 Kaedah Menghafal atau Pengulangan
Secara tidak langsung, apabila mereka didedahkan dengan kaedah
menulis, mereka sendirinya akan didedahkan dengan kaedah pengulangan seterusnya
menjadi kaedah menghafal.
Menghafal disini adalah menghafal al-Quran. Kaedah ini
merupakan pendekatan yang paling utama
dalam ilmu al-Quran. Ini kerana al-Quran pada asalnya adalah dihafal oleh
Rasulullah s.a.w yang diturunkan oleh malaikat Jibril a.s dengan perintah Allah s.w.t. Ayat-ayat al-Quran yang
dihafal oleh Rasulullah s.a.w akan disebarkan kepada para sahabat-sahabat yang
lain, seterusnya berkembang sehingga hari ini sebelum al-Quran dibukukan.
Kaedah ini tidak memaksa pelajar-pelajar untuk menghafalnya. Ini kerana
menghafal memerlukan kekuatan dalaman, motivasi, kestabilan emosi, ketengan
jiwa , kekuatan fizikal dan kekuatan mental untuk seseorang itu menghafalnya.
Jadi, ianya bergantung kepada individu
tersebut. Walaupun demikian, dengan pengulangan yang ditulis pada buku-buku
mereka, mungkin mereka akan ingat dengan sendirinya, dan mereka juga tidak akan
berpindah ke surah yang lain selagi mereka tidak menguasai surah yang
dipelajarinya itu.
5 Kaedah Penguasaan
Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan kaedah masteri, kaedah
masteri ini adalah kaedah yang membantu pelajar menguasai sesuatu surah yang
diajar, mereka boleh dipindahkan kepada satu surah ke satu surah yang lain
apabila mereka benar-benar menguasai tajwid dan tulisan pada surah tersebut.
Selagi mana mereka tidak menguasainya, selagi itulah guru tidak akan
memindahkan mereka dengan surah yang
baru. Kaedah ini adalah untuk mengukur sejauh mana penguasaan pelajar
terhadap sesebuah surah dalam al-Quran dan mata pelajaran yang lain, disamping
itu memudahkan guru untuk menilai pelajar tersebut dengan pelajar-pelajar yang
lain. Manakala pendidik juga perlu melihat perbezaan-perbezaan dalam
kalangan pelajar yang cepat dan mudah
memahami al-Quran dengan mereka yang lambat dan susah untuk memahami al-Quran.
Hal ini kerana, para pendidik perlu mengimbangkan atau berlaku adil terhadap
pelajar yang pintar dan lemah dengan tidak memindahkan sesuatu surah atau topik
pelajaran kepada pelajar yang pintar. Oleh itu, pelajar yang pintar perlu menunggu dan membantu
rakan-rakannya yang lain untuk menguasai al-Quran.
Walaupun demikian, ada sebahagian teknik ini mungkin bersesuaian
pada masa itu, dan tidak sesuai pada masa ini. Jadi, para pendidik perlu
menanganinya dengan cara yang berhemah dan bersesuaian, malah menepati cita
rasa masyarakat sekarang, seperti mengadakan kelas tambahan , kelas pemulihan,
memberi nota sampingan, dan menggunakan kaedah yang tertentu dengan tahap
pelajar tertentu.
6 Kaedah Talaqi
Pelajar akan di ajar dengan cara bertalaqi secara berkelompok,
kaedah ini adalah untuk memastikan semua pelajar menguasai al-Quran, dan
guru-guru akan membahagikan beberapa
kelompok atau dikenali sebagai konsep pengajaran berprogram.
Dalam kaedah ini ada kelompok pelajar-pelajar yang lambat pikat
terhadap al-Quran akan di bantu oleh
kawan-kawan yang cerdas. Malah ada juga dibahagikan dengan kelompok tahap yang
sederhana, iaitu pelajar-pelajar yang boleh membaca tetapi lambat pikat
diletakkan dalam kumpulan yang sama dan dibantu oleh seorang pelajar yang
cerdas. Walaupun demikian, bukan semua pelajar yang kurang pintar terlibat. Ini
kerana tugas seorang pendidik adalah memastikan pelajarnya dapat menguasai
al-Quran. Jadi, kaedah berkelompok ini
adalah hanya untuk mereka yang boleh membaca al-Quran tetapi lambat menguasai
yang dibantu oleh kawan-kawan mereka yang cerdas. Manakala pelajar yang kurang
pintar masih lagi dalam pengawasan pendidik
7 Kaedah Penilaian
Manakala di akhir pembelajaran, Ibnu Sahnun telah menyatakan
bahawa, tidak salah seorang pendidik membuat penilaian terhadap pelajar mereka.
Jadi, kaedah seterusnya ialah kaedah penilaian. Penilaian disini ialah menguji
tahap penguasaan pelajar terhadap
pengajian mereka.
Penilaian ini juga perlu dilakukan secara berperingkat-peringakat
agar pelajar tidak cepat bosan. Beberapa aspek yang perlu dinilai antaranya
ialah dari segi ingatan mereka, penguasaan mereka, pengetahuan dan kemahiran
mereka. Penilaian ini biasanya dilakukan
pada akhir pembelajaran, pertengahan pengajian dan di akhir pengajian. Penilaian itu juga dapat
mengenalpasti keberkesanan pendidik dalam mendidik anak murid mereka, disamping
memantapkan lagi penguasaan mereka pada mata
pelajaran yang diajar.
IMAM AL-GHAZALI
Imam al-Ghazali
merupakan tokoh pemikir Islam yang terkenal di kalangan umat Islam dan juga
bukan Islam. Kehebatan beliau telah memberi kesan yang mendalam di jiwa umat
Islam dari segi pemikiran, budi pekerti dan pendidikan. Ilmunya sangat meluas
dalam pelbagai bidang terutama bidang falsafah, akidah, fikah, ilmu kalam,
tasawuf, pendidikan, politik dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga Imam
al-Ghazali merupakan seorang penulis Islam terkemuka kerana beliau banyak
menghasilkan pelbagai bidang penulisan ilmiah.
Riwayat Hidup
Nama penuh Imam
al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad
al-Ghazali al-Tusi al-Shafie. Nama asalnya ialah Muhammad sahaja. Beliau
dikenali sebagai Abu Hamid kerana mempunyai anak lelaki yang bernama Hamid yang
meninggal dunia semasa masih kecil. Beliau digelar al-Ghazali yang dinisbahkan
kepada nama daerah kelahiran beliau iaitu Ghazal. Ada juga pendapat yang
mengatakan beliau digelar al-Ghazali sempena gelaran bapanya yang bekerja
sebagai pemintal bulu kambing.
Beliau
dilahirkan pada tahun pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi, di Kampung
Ghazal yang terletak di pinggir kota kecil bernama Tus di wilayah Khurasan.
Beliau berasal daripada keluarga miskin. Bapanya mempunyai cita-cita yang
tinggi untuk melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh. Keistimewaan
al-Ghazali ialah dalam usia 34 tahun beliau telah dilantik sebagai reaktor
Universiti Baghdad.
Selepas itu,
Imam al-Ghazali mengembara mencari kebenaran dan kedamaian selama 12 tahun
sehingga berjaya mendapat kepuasan dalam ilmu sufi. Beliau meninggal dunia pada
pagi hari Isnin, 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah di Tus dan jenazahnya
dikebumikan di tanah kelahirannya.
Imam-al-Ghazali
telah mendapat gelaran sebagai ‘Hujjatul Islam’ dari umat Islam seluruh dunia
selepas kewafatan beliau. Ini adalah hasil kajayaannya dalam pembelaan terhadap
Islam daripada serangan anasir-anasir dalam dan luar negara kerana membahayakan
umat Islam seluruhnya (Abdul Salam Yussof : 2003).
Pendidikan
Pada peringkat
awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma kerana keluarganya miskin..
Beliau mempelajari sebahagian ilmu Fiqh dari Imam Ahmad al-Razikani di Tus,
kemudian berpindah ke Jurjan untuk menuntut ilmu dengan Imam Abu Nasr
al-Ismaili.
Setelah itu,
al-Ghazali berpindah ke Naisabur dan mengambil peluang menuntut ilmu dengan
tekun dari Imam al-Haramain Abu Ma’ali al-Juwaini (419-478H) sehingga mahir
tentang mazhab al-Syafie, ilmu Khilaf, perubatan, usuluddin, usul fiqh dan
mantiq. Al-Ghazali juga berjaya menguasai dua ilmu lain seperti ilmu hikmah dan
falsafah (Salih Ahmad al-Syami : 2001)
Beliau juga
telah megembara ke beberapa tempat seperti Mekah,Madinah, Mesir dan Jurussalem
untuk mendalami ilmu falsafah. Sewaktu dalam pengembaraan, beliau telah menulis
kitab ‘Ihya Ulumu ad-Din’ yang telah memberi sumbangan yang besar kepada
masyarakat dan pemikiran Islam dalam semua masalah (Ahmad Mohd Salleh : 2004).
Sumbangan Dalam Bidang Ilmu Pengetahuan
Imam al-Ghazali
merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang tidak ternilai
melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa hasil karya Imam al-Ghazali telah
diterjemah ke dalam pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan kepada
penuntut-prnuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Eropah telah memberi
perhatian yang amat besar terhadap karya al-Ghazali dan menyimpan kekayaan
kesusasteraannya yang bermutu tinggi itu.
Beberapa hasil
karya Imam al-Ghazali yang paling terkenal ialah Ihya Ulum ad-Din yang
merangkumi ilmu akidah, fikah, falsafah, akhlak dan tasawuf. Segala hasil
tulisan beliau telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya seperti
Jalaluddin ar-Rumi, Syeikh Asyraf, Ibnu Rusrd dan Syah Waliyyullah. Kebanyakan
hasil karya Imam al-Ghazali berbentuk falsafah. Oleh itu, pengkaji-pengkaji
Barat menganggap Imam al-Ghazali seorang ahli falsafah. Antara hasil karya
beliau yang laian termasuklah Mizanul Amal, A-Munkaz Mina Dhalal, Tahaful
al-Falsafah, Minhajul ‘Abidin, Hidayah as-Salikin, Jawahir al-Quran dan
lain-lain lagi.
Antara lain sumbangan Imam al-Ghazali ialah:-
1. Sebagai Penasihat Agong Perdana Menteri
Nizam al-Malik.
2. Menjadi tenaga pengajar kanan di Universiti
Nizamiyah Baghdad dan Naisabur.
3. Mendokong
fahaman al-Asya’irah ataulebih dikenali sebagai Mazhab Ahli Sunnahwal Jamaah.
Kaedah Pengajaran
Berhubung
dengan masalah mencari ilmu pengetahuan,al-Ghazali menjelaskan semua ilmu yang
dicari oleh manusia datangnya daripada Allah SWT. Tegasnya Allah SWT adalah
guru yang utama, Jibril as adalah guru yang kedua dan guru yang ketiga adalah
Nabi Muhammad saw. Semua manusia mendapat ilmu dari para nabi. Tidak seorang
pun yang terkecuali daripada proses ini (Hamid Fahmy Zarkasyi : 1990).
Menurut
al-Ghazali guru ialah seseorang yang menyampaikan sesuatu kepada orang lain
atau kepada pelajarnya. Dalam definisi lain al-Ghazali menyatakan guru ialah
seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina
kepada seseorang yang berkemahuan tanpa mengira peringkat umur, dengan pelbagai
cara dan kaedah tanpa mengharapkan ganjaran.
Dalam
meyampaikan pengajarannya, banyak kaedah yang digunakan oleh Imam al-Ghazali.
Antaranya :-
1. Kaedah Perbandingan
Kaedah ini
digunakan dalam pengajaran, perbincangan untuk membuktikan kebenaran fikiran
dan kepercayaan mereka kepada karya-karyanya. Dalam kitab Ihya Ulum Ad-Din,
Imam al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat di kalangan cerdik pandai
tentang kebaikan dan keburukan akhlak.
2. Kaedah Halaqah
Kaedah ini
terus menerus digunakan oleh yayasan pendidikan dalam dunia Islam. Semenjak
bermulanya dakwah Islamiah, para pelajar mengelilingi gurunya dalam separa
bulatan untuk mendengar syarahannya. Imam al-Ghazali juga melaksanakan kaedah
halaqah semasa menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya di sekolahnya.
Sekolah tersebut didirikan berhampiran dengan rumahnya untuk penuntut-penuntut
ilmu dan juga sebagai persinggahan ahli sufi.
3. Kaedah Petunjuk / Bimbingan
Kaedah ini
digunakan semasa menanamkan dasar-dasar agama kepada anak-anak. Imam al-Ghazali
memulakan dengan meniru, iaitu menunjuk cara kepada anak-anak, diikuti dengan
meyakini dan menguatkan dengan dalil-dalil, membaca ayat al-Quran dan
menerangkan kandungan serta maknanya.
4. Kaedah Dialog dan Perbincangan
Kaedah ini
melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan,
dikritik dan dibantah lagi. Imam al-Ghazali pernah menggunakan kaedah
perbincangan dan dialog bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu
pengetahuan. Kaedah ini dapat mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di samping
kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan berbicara tanpa teks.
Kesimpulannya,
Imam al-Ghazali adalah seorang yang gigih dalam menuntut ilmu dan menyebarkan
ilmu pengetahuan. Kita sepatutnya mencontohi beliau dalam kedua bidang
tersebut. Beliau telah memberi sumbangan yang besar dalam tamaddun ilmu.
Karya-karyanya menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Seharusnya kita semua
ingat bahawa kaedah-kaedah pengajaran yang diamalkan di seluruh dunia kini
adalah berpunca daripada al-Quran dan sunnah.
IBNU KHALDUN
IBNU Khaldun mencetus pemikiran baru apabila menyatakan sistem
sosial manusia berubah mengikut kemampuannya berfikir, keadaan muka bumi
persekitaran mereka, pengaruh iklim, makanan, emosi serta jiwa manusia itu
sendiri.
Beliau juga berpendapat institusi masyarakat berkembang mengikut
tahapnya dengan tertib bermula dengan tahap primitif, pemilikan, diikuti tahap
peradaban dan kemakmuran sebelum tahap kemunduran.
Pandangan Ibnu Khaldun dikagumi tokoh sejarah berketurunan Yahudi,
Prof Emeritus Dr Bernerd Lewis yang menyifatkan tokoh ilmuwan itu sebagai ahli
sejarah Arab yang hebat pada zaman pertengahan.
Felo Amat Utama Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan
Ketamadunan (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad
Uthman El- Muhammady pula melihat pendekatan Ibnu Khaldun secara sejagat.
Sumbangan Ibu Khaldun, perintis ilmu sosiologi moden telah disiarkan melalui
siri Ilmuwan Islam di TV3
Episod yang diterbitkan Mohd Fasil Mohd Idris, membawa penonton
mengenali lebih dekat ilmuwan kelahiran Tunisia yang banyak menghasilkan karya
untuk rujukan umat Islam dan bangsa lain masa kini.
Dilahirkan di Tunisia, keluarga Ibnu Khaldun sebenarnya berasal
dari wilayah Seville, Sepanyol, ketika dalam pemerintahan Islam.Ketika zaman
kanak-kanak, beliau mempelajari al-Quran daripada orang tuanya sebelum
melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi sambil dibantu sejarawan dan ulama
Tunisia serta Sepanyol. Pada 1375, beliau berhijrah ke Granada, Sepanyol kerana
mahu melarikan diri daripada kerajaan di Afrika Utara.
Bagaimanapun, keadaan politik Granada tidak stabil, lantas
mendorong beliau untuk merantau ke Aljazair (bahagian utara Semenanjung Tanah
Arab). Di sini, beliau tinggal di kampung kecil iaitu Qalat Ibnu Salama. Di
situ juga beliau menghasilkan beberapa karya terkenal termasuk al Ibar Wa Diwan
al-Mubtad Wa al-Khabar. Kitab ini mengandungi enam jilid dan paling terkenal,
kitab Mukaddimah.
Sehingga kini kitab itu menjadi rujukan umat Islam, khususnya dalam
ilmu kajian sosial, politik, falsafah dan sejarah. Kitab Mukaddimah
menghuraikan beberapa peristiwa dalam kehidupan masyarakat, proses pembentukan
negara, faktor kemajuan serta kemunduran, selain menerangkan beberapa perkara
yang berkaitan bidang perniagaan, perindustrian dan pertanian. Karya Ibnu
Khaldun yang menakjubkan itu membolehkan beliau digelar sebagai Prolegomena
atau pengenalan kepada pelbagai ilmu perkembangan kehidupan manusia di kalangan
ilmuwan Barat. Dalam pada itu, Ibnu Khaldun mengutarakan pandangannya bagi memperbaiki
kesilapan dalam kehidupan menjadikan karya beliau seumpama ensiklopedia yang
mengisahkan pelbagai perkara dalam kehidupan sosial manusia. Kajian yang
dilakukan Ibnu Khaldun bukan hanya mencakupi kisah kehidupan masyarakat ketika
itu, malah merangkumi sejarah umat terdahulu. Selain sebagai ilmuwan dalam
bidang sosial, Ibnu Khaldun, mampu mentadbir dengan baik apabila dilantik
sebagai kadi ketika menetap di Mesir. Kebijaksanaannya mendorong Sultan Burquq
iaitu Sultan Mesir ketika itu memberi gelaran Waliyuddin kepada Ibnu Khaldun.
Ibnu Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan, kebebasan dan terkenal
kerana hasil kerjanya dalam bidang sosiologi, astronomi, numerologi, kimia
serta sejarah. Beliau membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad
kepada mempertahankan rakyatnya daripada keganasan, melindungi harta
persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan dan menguruskan penghasilan
wang. Pemerintah juga melaksanakan kepemimpinan politik bijaksana dengan
perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan. Dari segi ekonomi, Ibn Khaldun
memajukan teori nilai dan hubung kaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan
pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik
permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan. Beliau turut menyokong
perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi
membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Wacana atau
pemikiran Ibnu Khaldun turut diterjemah ke dalam kehidupan masyarakat moden
yang mahu mengimbangi pembangunan fizikal dan spiritual seperti Malaysia yang
sedang menuju status negara maju. Secara teorinya, ilmu itu dikaitkan dengan
soal manusia dalam masyarakat dan ahli sosiologi berharap ilmu berkenan dapat
menjalinkan perpaduan serta membentuk penawar kepada krisis moral yang dihadapi
masyarakat hari ini. Istilah sosiologi walaupun dicipta tokoh kelahiran
Perancis abad ke-19, Aguste Comte, kajian mengenai kehidupan sosial manusia
sudah dihurai oleh Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, 500 tahun lebih
awal, pada usianya 36 tahun.
[Ilmuwan Islam: Pemikiran Ibnu Khaldun rintis ilmu sosiologi moden]
Teori masyarakat Ibnu Khaldun jadi rujukan Barat Mei 11, 2009 — akarimomar
dipetik dari Berita Harian Ilmu ramuan paling asas bagi perkembangan minda
manusia, terutama mengenai alam
IBNU Khaldun (1332-1406) ialah cendekiawan Islam yang banyak
menyumbang dalam pelbagai bidang sains kemanusiaan antaranya falsafah, sains
politik, sejarah dan sosiologi.
Berasal dari Tunisia, beliau pernah bertugas sebagai hakim atau
kadi kepada mazhab Maliki di Afrika Utara. Beliau juga negarawan yang arif
dalam hal ehwal negara hasil pengalamannya berkhidmat kepada beberapa generasi
pemerintah Muslim di sana.
Antara karya penulisan beliau yang masyhur ialah Muqaddimah, buku
pendahuluan bagi Kitab Al-’Ibar mengulas teori ketamadunan yang kini menjadi
rujukan ilmuwan Islam dan pengkaji Barat. Antara pemikiran Ibnu Khaldun adalah
teori kemasyarakatan. Menurut beliau, sebelum mengkaji lebih mendalam sesuatu
masyarakat, kita perlu memahami manusia dan perbezaannya daripada hidupan lain.
Manusia diangkat tinggi martabatnya berbanding makhluk sekeliling kerana boleh
berfikir dan menimba pelbagai ilmu sains serta ilmu seni. Kedua, manusia
mempunyai kemahiran memerintah yang memberi peluang untuk menyediakan
perlindungan serta mempertahankan keselamatan diri.
Ketiga, manusia dapat bekerjasama melalui pelbagai bentuk dan cara
dalam menjalani kehidupan seperti kerjasama dalam institusi kekeluargaan, anak
sentiasa berusaha membantu ibu bapa.
Seterusnya ia berkembang kepada kerjasama antara kaum yang akhirnya
mewujudkan ciri keempat pada manusia yang dinamakan oleh Ibnu Khaldun sebagai
tamadun. Manusia memerlukan tamadun untuk memenuhi keperluan mereka.
Ini termasuk tempat tinggal yang selesa di bandar dan kawan bagi
menemani hidup supaya tidak kesunyian. Semua ciri ini membezakan manusia dengan
makhluk lain mengikut pengamatan Ibnu Khaldun. Apabila memahami manusia, baru
kita beralih kepada pengkajian mengenai bagaimana individu dapat membina jati
diri serta mempelajari budaya melalui pergaulan dan pengalaman hidup dalam
masyarakat. Individu tidak boleh hidup dengan mengasingkan diri daripada
masyarakat. Ibnu Khaldun menceritakan mengenai seorang kanak-kanak yang
dikurung bersama bapanya sejak ia lahir.
Walaupun memiliki pengetahuan mengenai dunia luar melalui
penceritaan bapanya, budak itu masih tidak mampu membayangkan dan berimaginasi
apa yang diceritakan itu. Pengasingan dengan dunia luar membuatkan kanak-kanak
itu tiada pengalaman berjumpa dan hidup dalam masyarakat sehingga membantutkan
daya fikirannya. Oleh itu, hidup bermasyarakat adalah penting.
Menurut Ibnu Khaldun, beberapa faktor perlu ada bagi membantu
individ dalam proses mengumpul
pengetahuan mengenai masyarakat dan pertama adalah ilmu. Ilmu adalah ramuan
paling asas bagi perkembangan minda manusia, terutama mengenai alam. Manusia
asalnya jahil dan mempunyai minda yang kosong ataupun dipanggil tabula rasa
mengikut Ibnu Khaldun.
Kemudian, hasil usaha menimba ilmu pengetahuan, seseorang menjadi
insan lebih sempurna akal fikirannya dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.
Ilmu pengetahuan dimantapkan dengan faktor kedua iaitu nilai murni keagamaan
yang mewujudkan pembangunan jati diri yang baik.
Pembangunan insan berlandaskan agama ini perlu diserapkan ke dalam
personaliti setiap individu. Proses ini dapat dilaksanakan oleh ejen ketiga
iaitu institusi keluarga.
Kasih sayang yang diberikan ibu bapa sangat perlu bagi mewujudkan
individu yang normal dan dapat menyumbang kepada masyarakat. Pandangan ini
sesuai dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Setiap bayi yang lahir itu
dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia
Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.”
Keluarga memainkan peranan utama membentuk sahsiah dan akhlak
individu supaya sentiasa baik dan berada dalam landasan agama. Guru dan
golongan tua juga ejen yang membantu menerapkan nilai murni kepada individu.
Golongan tua terlebih dulu makan garam memandu golongan muda
berdasarkan pengalaman hidup yang sudah mereka tempuhi. Sementara guru pula
berkemampuan mengajarkan pelbagai ilmu kepada murid.
Menurut Ibnu Khaldun, ilmu yang diajar harus secara berperingkat.
Sedikit demi sedikit ilmu diserapkan kepada pelajar mengikut kemampuan mereka.
Jangan terus memberi soalan yang susah atas alasan supaya mereka dapat menimba
pengalaman daripada menjawab soalan itu.
Soalan yang sukar ini patut disimpan untuk dijawab pada akhir
proses pembelajaran. Guru yang melakukan kesilapan ini sebenarnya menambahkan
kekeliruan pelajar kepada pelajaran.
Bagi Ibnu Khaldun ini adalah teknik pengajaran yang lemah dan tidak
berkesan. Beliau juga menekankan elak daripada menjalankan proses pendidikan
formal berasaskan penghafalan kerana menghafal mengakibatkan seseorang mudah
lupa.
Faktor seterusnya ialah penguasaan bahasa sebagai medium asas untuk
berkomunikasi dengan masyarakat termasuk kebolehan berbahasa pasar kerana ia
dapat memudahkan seseorang bersosial dan merapatkan lagi hubungan dengan ahli
masyarakat.
Penulisan juga penting kerana bahasa sesuatu yang simbolik.
Penulisan dapat membantu seseorang meluahkan apa yang terdetik di benak dan
minda mereka.
Ejen sosialisasi yang terakhir ialah muzik. Menurut Ibnu Khaldun,
muzik dapat mengeratkan hubungan sesama manusia melalui emosi yang dilahirkan
ketika mendengarnya terutama muzik berentak harmoni.
Ia membantu menceriakan suasana serta meringankan tekanan. Muzik
bercorak puisi indah, berirama rancak dan bertenaga pula menaikkan semangat
tentera yang berjuang di medan peperangan. Ini membantu mereka terus cekal
melindungi keselamatan masyarakat sehingga berjaya mengatasi dan mengalahkan
musuh serta pulang ke pangkuan keluarga dicintai.
Ibnu Khaldun banyak menyumbang kepada ilmu falsafah sama ada
politik, sosiologi dan sejarah, walaupun pelbagai kritikan dilemparkan kerana
teorinya yang dianggap agak sekular, jika diamati, fikiran beliau lebih maju
daripada era zamannya sendiri.
Selepas lebih enam abad berlalu, falsafah beliau masih dapat diguna
pakai dan banyak menyumbang kepada pembangunan tamadun sama ada Islam mahu
Barat.
Sehingga kini, hasil nukilan beliau masih menjadi sumber rujukan
utama bagi universiti di seluruh dunia.
Soalan Kajian
Kajian yang dilaksanakan secara umumnya bertujuan untuk apakah amalan pengajaran tahfiz al-Quran
yang telah dilaksanakan dalam proses pengajaran tahfiz al-Quran. Oleh itu soalan kajian ialah:
TALQIN
TAKRAR
AL-MAIL
AL-FAHM
HARIAN
AKHIR
MINGGUAN
MENULIS
MEMBACA
MELIHAT
MENDENGAR
AL-QURAN
KAEDAH
Nama lengkap Al-Qabisiy adalah Abu Al-Hasan Muhammad bin Khalaf Al-Ma‘arifi Al-Qairawaniy. Al-Qabisiy adalah penisbahan kepada sebuah
bandar yang terdapat di Tunis. Kalangan ulama lebih mengenal namanya dengan
sebutan Al-Qabisiy. Ia lahir di Kota Qairawan Tunisia pada tahun 324 H-935M.[3] Literatur-literatur
tidak menyebutkan perihal kedudukan orang tuanya. Barangkali Al-Qabisiy bukan
dari keturunan ulama yang termasyhur, atau bangsawan ataupun hartawan sehingga
asal keturunannya tidak banyak digambarkan sejarah, namun namanya terkenal
setelah ia menjadi ilmuan yang
berpengaruh dalam dunia Islam.
Semasa kecil dan remajanya belajar
di Kota Qairawan. Ia mulai mempelajari Al-Qur’an, hadits, fikih, ilmu-ilmu
bahasa Arab dan Qira’at dari beberapa ulama yang terkenal di kotanya. Di antara
ulama yang besar sekali memberi pengaruh pada dirinya adalah Abu Al-‘Abbas
Al-Ibyani yang amat menguasai fikih
mazhab Malik. Al-Qabisiy pernah mengatakan tentang gurunya ini: “saya tidak
pernah menemukan di Barat dan di Timur ulama seperti Abu al-‘Abbas. Guru-guru
lain yang banyak ia menimba ilmu dari
mereka adalah Abu Muhammad Abdullah bin
Mansur Al-Najibiy, Abdullah bin Mansur Al-Ashal, Ziyad bin Yunus Al-Yahsabiy,
Ali Al-Dibagh dan Abdullah bin Abi
Zaid.[4]
Al-Qabisiy pernah sekali melawat ke
wilayah Timur Islam dan menghabiskan waktu selama 5 tahun, untuk menunaikan
ibadah haji dan sekaligus menuntut ilmu.
Ia pernah menetap di bandar-bandar besar
seperti Iskandariyah dan Kairo
(Negara Mesir) serta Hejaz dalam waktu yang relatif tidak begitu lama. Di
Iskandariyah ia pernah belajar pada Ali
bin Zaid Al-Iskandariy, seorang ulama yang masyhur dalam meriwayatkan hadits
Imam Malik dan mendalami mazhab
fikihnya.[5] Al-Qabisiy mengajar pada
sebuah madrasah yang diminati oleh penunut-penuntut ilmu. Madrasah ini
lebih memfokuskan pada ilmu hadits dan fikih. Pelajar-pelajar yang menuntut
ilmu di madrasah ini banyak yang datang
dari Afrika dan Andalus. Murid-muridnya yang terkenal adalah Abu Imran Al-Fasiy, Abu Umar Al-Daniy, Abu
Bakar bin Abdurrahman, Abu Abdullah Al-Maliki, Abu Al-Qasim Al-Labidiy Abu
Bakar ‘Atiq Al-Susiy dan lain-lain.[6]
Al-Qabisiy terkenal luas
pengetahuannya dalam bidang hadits dan fikih di samping juga sastera Arab.[7]
Ia menjadi rujukan ummat dan dibutuhkan untuk menjawab masalah-masalah hukum
Islam, maka ia diangkat menjadi mufti dinegerinya. Sebenarnya, ia tidak
menyukai jabatan ini, karena ia memiliki sifat tawadlu‘ (merendah diri), wara‘
(bersih dari dosa) dan zuhud (tidak mencintai kemewahan hidup duniawi).[8]
Salah satu karyanya dalam bidang pendidikan
Islam yang sangat monumental adalah kitab “Ahwal al-Muta’allim wa Ahkam
Mu’allimin wa al-Muta’allimin”, sebagai kitab yang terkenal pada abad 4 dan
sesudahnya.
Konsep pemikiran tujuan
pendidikannya Al-Qabisy secara umum, sebagaimana dirumuskan oleh al-Jumbulati,
iaitu: (1) mengembangkan kekuatan akhlak anak, (2) menumbuhkan rasa cinta
agama, (3) berpegang teguh terhadap ajarannya, (4) mengembangkan perilaku yang
sesuai dengan nilai-nilai yang murni, dan (5) anak dapat memiliki keterampilan
dan keahlian pragmatis yang dapat mendukung kemampuan mencari nafqah.[9]
Sedangkan Abudin Nata memahami tujuan pendidikan Islam al-Qabisy bercorak
normatif, yaitu mendidik anak menjadi seorang muslim yang mengetahui ilmu
agama, sekaligus mengamalkan agamanya dengan menerapkan akhlak mulia.[10]
Dengan demikian, dipahami bahwa pandangan intisari pendidikan al-Qabisy menurut
Abudin Nata bukan hanya pada ranah pengetahuan kognitif, namun sekaligus pada
ranah afektif dan psikomotorik.
Pendidikan
Islam mencakup kehidupan manusia seutuhnya, memperhatikan segi akidah, ibadah,
serta mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm .aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaV
]=akhlak, bahkan pendidikan dapat bermakna merubah dan memindahkan nilai kebudayaan kepada masayarakat dan individu. Hasan Langgulung, Pendidikan dan Peradaban Islam; Suatu Analisa Sosio-Psikologi, (Jakarta, Pustaka Al-Husna, 1985,), h. 3. Lihat juga Mappanganro, Implementasi Pendidikan Islam di Sekolah (Ujungpandang: Yayasan Ahkan, 1996), h. 10.
[2]Jalaluddin, Psikologi Agama (Cet.I; Jakarta: Grafindo Persada, 1996), h. 206. Pengaruh pembentukan jiwa keagamaan dan perilaku keberagamaan pada lembaga pendidikan, khususnya pada lembaga pendidikan formal banyak tergantung dari bagaimana karakteristik pendidikan agama yang diterapkan. Sekolah atau madrasah dalam perspektif Islam, berfungsi sebagai media realisasi pendidikan berdasarkan tujuan pemikiran, aqidah dan syariah dalam upaya penghambaan diri terhadap Allah dan mentauhidkan-Nya sehingga manusia terhindar dari penyimpangan fitrahnya. Abdurrahman al-Nahdlawi, Ushul al-Tarbiyah al-Islamiyah wa Asalibuha fi al-Bayt wa al-Madrasah wa al-Mujtama’ diterjemahkan oleh Shibabuddin dengan judul Pendidikan Islam di Rumah, Sekolah dan Masyarakat (Cet. II; Jakarta: Gema Insani Press, 1995), h. 152.
[3] Ali al-Jumbulati, Dirasatun Muqaranatun fit Tarbiyyatil Islamiyyah, terj. M. Arifin, dengan judul Perbandingan Pendidikan Islam, (Jakarta: Rineka Cipta, 1994), hal. 76. Menurut data yang ada, bahwa ia lahir pada bulan Rajab, 224 M (13 Mei 936 M), dan wafat di negeri asalnya pada tanggal 3 R. Awal 403 H (23 Oktober 1012 M).
[4] Abdullah al-Amin al-Nu’my, Kaedah dan Tekhnik Pengajaran Menurut Ibnu Khaldun dan Al-Qabisy, (Jakarta: t.pt., 1995), h.184
[5] Ibid, h. 186-187, lihat juaga pada Abuddin Nata, Pemikiran Para Tokoh Pendidikan Islam, (Jakarta: PT. Raja Grapindo Persada, 2003), h. 25-26.
[6] Al-Nu’my, op.cit., h.185
[7] Selain dikenal sebagai pemikir dalam bidang pendidikan, ia pun dikenal sebagai ulama hadis dan fiqih yang terkemuka di samannya, bahkan dalam bidang hadis sebagai ulama terkemuka dalam menghafal hadis dan alim dalam sanad dan matan. Abuddin Nata, loc.cit.
[8] Setelah wafat Ibnu Syilun, mufti negeri Tunis, ia terpaksa mengisi jabatan yang kosong ini karena dialah yang pantas mengisinya. Keluasan ilmunya pernah dipuji oleh Ibnu Syilun di hadapan orang banyak: bukalah pintu fatwa kepadanya, karena ia termasuk orang yang wajib memberi fatwa. Ia lebih berilmu dari orang lain yang ada di Qairawan, maka setelah wafatnya, ia menerima jabatan tersebut.Ibid.
[9] Ali al-Jumbulati,
[10] Abudin Nata, op.cit., h. 30
teori pengajaran dan pembelajaran tahfiz yang telah diperkenalkan oleh al-Qabisi (1955). Beliau telah mengemukakan kaedah yang tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz iaitu kaedah talqin (mengajar), takrar (latih tubi), al-mail cintakan alQuran) dan al-fahm (kefahaman). Beliau juga menyarankan agar teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz ini ialah teknik menggunakan kepelbagain pancaindera antarnya mendengar, melihat,membaca dan menulis (al-Qabisi, 1955). Al-Qabisi (1955) juga menjelaskan teknik penilaian di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz ini seharusnya berlaku dalam bentuk penilaian harian, penilaian mingguan,dan penilaian akhir. Proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz yang mempunyai kaedah dan teknik yang sempurna serta penilaian yang teratur akan menghasilkan hasil pembelajaran selaras dengan matlamat dan objektif yang telah digariskan
Langgan:
Catatan (Atom)
