Rabu, 26 November 2014

kaedah pengajaran al-quran


Kaedah pengajaran al-Quran secara hafalan diteruskan lagi pada zaman sahabat untuk menjamin
agar al-Quran berkekalan. Al-Quran yang dipelajari oleh para sahabat telah berjaya melahirkan ramai para huffaz. Para sahabat menggunakan kaedah hafalan bukan sahaja terhad kepada pendidikan a lQuran, malah pendidikan hadis dan ilmu-ilmu juga terikut dengan cara yang sama. Oleh itu, kaedah hafalan adalah merupakan satu kaedah yang penting dalam mempelajari al-Quran pada zaman sahabat.
Kaedah  ini telah berjaya melahirkan golongan sahabat yang menjiwai al-Quran sepanjang hayat mereka.Tegasnya, pengajaran al-Quran dimulai dengan cara para guru memperdengarkan  bacaan surah-surah pendek dan pelajar mengulanginya beberapa kali bersama guru sehingga terlekat dalam ingatan. Proses ulangan, hafalan dan ingatan ini sangat sesuai lebih-lebih lagi pada peringkat kanak kanak kerana ia dapat menanam benih ketakwaan dan keikhlasan pada diri mereka (Ibnu Khaldun,2000). Kaedah pengajaran al-Quran secara hafalan kepada kanak-kanak yang bermula pada usia muda ini berjalan di semua kuttab di bawah pemerintahan Kerajaan Islam. Pemerintah memberi  penekanan terhadap kepentingan ilmu pengetahuan. Hal ini terbukti pada zaman Khalifah Harun al-Rashid sistem pendidikan diperkemaskan, di mana pendidikan awal kanak-kanak diberi perhatian.
Bangunan sekolah yang disambungkan dengan bangunan masjid menjadi tempat belajar bagi kanak kanak yang telah mencapai usia lima tahun. Al-Quran menjadi bahan asas dalam segala ilmu yang diajar (Ahmad, 1997).
 Al-Saboony (1985) dan Ahmad (1997) menyatakan bahawa bacaan al-Quran berbeza antara sesebuah negeri dengan negeri lain. Hal ini kerana mengikut guru yang dihantar ke negeri tersebut.Para sahabat mengambil bacaan al-Quran daripada Rasulullah s.a.w berasaskan tujuh jenis bacaan. Walaupun begitu proses pengajaran al-Quran di satu-satu negeri seperi Sham, Iraq dan Kufah adalah berbeza cara bacaan mengikut guru yang mengajar. Contohnya di Sham gurunya adalah Ubai bin Ka’ab, di Kufah gurunya adalah Abdullah bin Mas’ud. Demikianlah berterusannya proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran selepas kewafatan Rasulullah s.a.w hinggalah Islam datang keTanah Melayu pada abad ke 15 (Ahmad, 1997), pengajaran dan pembelajaran al-Quran mula tersebar di Tanah Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan